Wednesday, December 2, 2009

Bisnes suka-suka zaman dulu-dulu

Teks: Masayu Ahmad

Kita sambung lagi pasal berniaga masa zaman kanak-kanak dan remaja dulu. Masa saya Tingkatan 6 atas, masih ingat lagi masa bulan puasa menjelang raya. Saya ambil tempahan jualan kek. Tiga jenis kek, kek coklat, kek biasa dan kek buah. Kakak sepupu memang membuat kek di rumah. Jadi sayalah tukang promosinya. Beratus RM jugalah saya dapat. Sebabnya ramai rakan-rakan di asrama yang tempah dan juga cikgu-cikgi.

Tidak setakat itu, masa di universiti saya masih lagi meneruskan minat berniaga suka-suka ini. Disebabkan masa tu kalau nak berhubung selalu guna kad telefon. Untuk telefon awam tu. Saya mulakan dengan RM200 untuk modal maknanya ada 20 kad sahaja. Saya letaklah promosi, kad telefon di blok-blok yang ada telefon awam tu. Tulis dan print sahaja, tampal bersebelahan telefon awam tu.

Satu hari tu, salah seorang pekerja Telekom datang mengutip siling dari public phone tu, dan tahu sayalah pengedar dan penjual kad telekom tu. Dia bermurah hati mendapatkan stok, tanpa saya perlu mengeluarkan modal. Makanya selama 3 tahun saya menjadi pengedar dan penjual kad telefon awam. Masa tu siapa ada pakai hand phone memang canggihlah sangat.

Tapi kebanyakan yang berpakwe makwe tu, selalulah cari stok kad dengan saya. Bilik 24,Fajar Bakti. Itulah dia pengedar kad. Masa saya habis belajar, sempat juga saya bagitahu junior sebilik.

“Kak Ayu habis belajar nanti, tahun depan bolehlah kalau nak sambung jual kad telefon ni”.

Biasanya kalau saya tak ada di bilik, juniorlah selalu tolong jual atau Kak Nadrah, senior saya masa tahun ke-dua.

Bilik saya lebih kurang je, no. Tahun pertama 24, mengadap pokok. Tahun ke-dua bilik di tingkat atas, no. 42, mengadap pokok buluh, nampak juga bangunan cahaya permai blok lelaki. Tahun 3, no 24 juga tapi mengadap kafe desasiswa.


Dimana ya? Adik-adik junior saya, belum juga lagi dapat saya jejak. Tina dan Kak Nadrah. Moga satu hari nanti saya akan ketemu juga mereka ini.

2 comments:

Ummi Hanie said...

Rajin dan berani akk buat bisnes dr zaman muda mudi lagi..

nak tanya,ape work at home job yg akk buat skrg?
maaf belum habis jelajah blog akk cari jawapan utk ini..

Masayu Ahmad said...

Soalan cepu emas,

Saya belum jawab sepenuhnya lagi,

Namun ianya lebih kepada produk informasi, editor sambilan dan juga ada bisnes secara konvesional dari rumah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin