Wednesday, December 2, 2009

Hebat manakah kita?

Teks: Masayu Ahmad

Selalunya apabila kita mengaku kita hebat, kita bijak kita pandai. Bukankah kehebatan, kepandaian, kecantikan adalah anugerah. Anugerah ini patut dipelihara dan digunakan sebaiknya.

Seringkali apabila kita menemui individu yang merasakan diri hebat dan bijak. Banyak kali juga individu tersebut yang suka mencari-cari kesalahan orang lain dan membandingkan kehebatan diri.

Apabila kita merasakan diri bijak, ada lebih ramai lagi yang lebih bijak. Apabila merasakan diri hebat, lebih ramai lagi yang lebih hebat. Apabila merasakan anak kita cerdik dan pandai, lebih ramai lagi anak-anak yang lebih pandai dan tidak pula mengembar-gembur. Apabila merasakan diri cantik dan berharta, lebih ramai lagi jutawan senyap yang tidak menunjuk-nunjuk. Apalah ada pada harta, hanyalah pinjaman semata. Tanggungjawab kita ke mana harta yang begitu banyak disalurkan kepada yang sepatutnya.

Sebenarnya dia lupa, kehebatan dan kecantikan semuanya anugerah Maha Kuasa. Jika ditarik balik akan lenyaplah semuanya.

Semakin banyak kita membicarakan keburukan orang lain, kehebatan kita diwar-warkan, semakin banyak sebenarnya tersingkap keluar keburukan dan keaiban diri.

Hebatnya diri kerana pandai menjaga anak dan mula membanding-bandingkan dengan anak orang lain. Bijaknya diri kerana pandai melakukan bisnes, sudah mula menjatuh-jatuhkan bisnes sahabat sendiri.

Ianya umpama tin kosong. Semakin kuat diketuk, semakin kuat berbunyi, tetapi tiada apa-apa di dalm isinya. Semakin banyak kita menutup keaiban orang lain, maka dengan sendirinya dapat membantu menutup kelemahan diri.

Pernah tak kalau kita mahu ke hutan. Orang-orang tua pernah berpesan, jangan cakap besar, jangan cakap sombong. Lambat atau cepat kita akan mendapat musibahnya.

Aku bijak, aku pandai, aku cantik, kaya lagi berharta. Semuanya itu hanya pinjaman semata. Ianya laksana hati dan perasaan kita sudah dibaluti dengan ego yang tidak ke mana.

Kita suka mengejek-ngejek, membanding-banding dengan kajayaan anak dan diri sendiri, hebat dengan kelebihan sahabat handai. Kita angkuh dan sombong. Padahal itu semua hanya pinjaman belaka.

Semoga saya dan anda semua terpelihara daripada sifat angkuh dan sombong.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin