Thursday, December 10, 2009

Salam penuh kasih sayang



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://kembojaputeh.files.wordpress.com/2009/04/060924_muslim.jpg

Bismillahhirrahmanirrahim

Salam hari Khamis, hari penuh semangat dan motivasi. Apa khabar suri sekalian. Peraduan sudah pun tamat pada malam semalam. Tahniah buat Salwa, beliau adalah peserta terakhir yang sempat menyertai peraduan.

Hebat-hebat semuanya peserta, macam mahu periksa kertas Bahasa Melayu penulisan pun, ya. Apapun ianya adalah satu matlamat awal sebelum kita melangkah ke tahun baru. Insya-Allah peraduan seterusnya akan menyusul. Namun ianya mung

Jadual saya juga agak padat bermula awal tahun hingga akhr tahun. Mudah-mudahan saya diberi kekuatan, kesihatan agar mampu bekerja dengan lebih produktif.

Sempena tahun baru juga, saya mahu ingatkan diri agar lebih bermotivasi dan bersemangat. Sama-sama kita berazam untuk menjadi muslimah yang lebih baik setiap hari, pekerja yang produktif, isteri yang terbaik buat suami, ibu yang cukup lengkap buat anak-anak.

Walaupun kita tidak akan sempurna 100 peratus, tetapi proses memberikan yang terbaik buat diri dan keluarga sentiasa berlaku secara berterusan. Jika dulu kita tidak pandai memasak, tahun 2010 kita sudah ada jadual resepi masakan.

Jika dulu kita suka melambat-lambatkan solat, tahun 2010 dan tahun baru hijrah kita sudah pun bersedia lebih awal lima minit sebelum azan berkumandang. Jika sebelum ini banyak persekitaran negatif menguasi diri kita, maka sempena tahun baru kita mampu mengawal keadaan diri dan situasi agar tidak terpengaruh dengan semua itu.

Sematkan tekad, kuatkan semangat. Bersama saya untuk terus menjadi muslimah sejati, surirumah berhemah. Realisasikan usaha bekerja di rumah dan menjana pendapatan tanpa sempadan.

Salam penuh kasih sayang

www.masayuahmad.blogspot.com

Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you
didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away
from the safe harbour. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream.
Discover.

-Mark Twain-

2 comments:

y@tiezaini said...

fuyooo ..roti k.ti dh sampai rumah masayu .. dh cuba blm nih ..hehe sedap ker?? k.ti pun x terer lagi wat roti nih ..just bernasib baik jer .. niway thanks sbb sudi wat entry khas utk roti k.yati .. terharu gak lah ..;D .

Masayu Ahmad said...

Kak yatie

dah tengok pn dah berselera, apatah lagi cuba dan rasa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin