Thursday, December 3, 2009

Berpindah lagi

Teks: Masayu Ahmad


Salam hari Jumaat bersamaan 4 Disember 2009.

Hari ini menu biasa sahaja, telur masak separuh bersama kopi radix. Saya ni pengemar kopi, ini antara kopi yang boleh diterima selera. Memandankan saya sangat alah dengan kafein, stok radix memang selalu ada.

Hari ini suda buntuk idea memasak apa. Disebabkan setiap hari hujan, sangat malas mahu keluar. Sudah dua minggu rupanya, saya tidak membeli di waktu pagi. Kadang-kadang ada juga saya pegi ke gerai membeli kuih-muih jika kebuntuan idea memasak.

Setiap hari memasak, stok barang pun sudah habis. Minggu ini, lempeng, cekodok, keropok lekor. Itulah menu kudapan dan minum petang kanak-kanak riang. Saya sangat jarang ke kedai, semua pembelian barang dapur diuruskan suami. Apa dibawa pulang itulah yang saya masak. Kalau saya ke kedai, habislah, memang akan beli benda yang tak sepatutnya.:D

Lebih mudah dan tidak membazir, en.suami saja yang beli. Biasanya, jika suami beli dalam kuantiti 1. Saya akan borong sampai 3. Memang boros saya ni. Tetapi, alhamdulillah sekarang saya sudah makin ada peningkatan dalam pengurusan kewangan. Setahun saya melatih diri. Bukan mudah sebenarnya. Bayangkan jika dulu, membeli ikut perasaan sahaja. Sekarang ini, apabila bekerja sendiri, kita lebih menghargai segala titik peluh. Bukan berkira atau kedekut, tetapi berhemah. Setiap pasangan yang dijadikan buat kita sudah ada pelengkapnya.

Saya lebih boros berbanding en.suami. Jadinya kami sepakat untuk lebih berhemah, ke arah matlamat yang sudah jelas. Insya-Allah. Inilah membuat kami saling menyokong antara satu sama lain.

Saya sangat berterima kasih pada en.suami yang begitu menyokong perjalanan karier saya. Walaupun masih lagi tuntas, dan masih jauh perjalanannya, en. suami tetap di sini. Alhamdulillah.

Walaupun penggunaan broadband sangatlah lembab dan ia turut mempengaruhi kerja-kerja saya. Semalam sudah dinaik taraf selepas en.suami sudah pun menukar kepada streamyx. Saya sangat berterima kasih. Semoga saya lebih rajin dan tekun.

Bertukar ruang lagi

Kali ini saya bertukar bilik kerja lagi. Dibawah ada dua bilik, satu bilik pembantu, satu lagi bilik kanak-kanak riang. Jadinya saya bertukar kedudukan lagi. Rasanya lebih senang kerana sambil melakukan banyak kerja serentak, senang saya ke sana ke mari, di dapur ruang tamu, ke laman. Anak-anak pun suka. Biasanya jika mahu naik ke atas, mereka mula marah atau memberontak. Saya akan mengambil masa untuk mengemas kini bilik ini. Mungkin yang ini kekal lama sedikit. Saya ini cepat boring, sekejap ke sana , sekejap ke sini. Kejap pindah sana, kejap pindah sini.

Angin berkumpul


Bangun pagi tadi saya terasa angin berkumpul pada bahagia belikat belakang. Mungkin juga sebab lama tidak bersenam dan bersauna. Sejak hari hujan, aerobik taman juga belum aktif lagi. Saya perlu kembali dengan aktiviti kecergasan.

Krim Hpa sangat membantu, rasa panas dan sejuk menyeram ke dalam badan. En. suami membantu saya mengurut pada bahagian yang berkumpul angin. Sangat membantu. Saya rasa sudah lega. Sangat mujarab krim ini, boleh dipakai setiap hari.Rasa panas dan dingin masih meresap dalam roma kulit. Lega.

2 comments:

zarin said...

saya pun kalau beli barang dapur, biarlah suami yg belikan sbbnya saya lebih byk beli brg yg tk patut :)

Masayu Ahmad said...

Zarin

;D, itulah nafsu perempuan kalau membeli belah memang orang lelaki tak boleh lawan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin