Thursday, December 17, 2009
Salam Maal Hijrah 1431 H
DOA KHUSUS AKHIR TAHUN - 30 ZULHIJJAH 1430
Khamis 17hb Disember 2009 (selepas waktu `Asar)
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya,
walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami.
Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa jua dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya
layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Amiin...
DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM 1431
* Doa ini dibaca selepas menyempurnakan solat Maghrib
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya.
Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam. Amiin..
Ta`qabbalallahu mingkum minna wamingkum, taqabbal ya kariim...
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Labels:
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
saya harap tahun baru ni menggembirakan buat saya..dan saya berdoa anda juga begitu..:)
Salam Maal Hijrah Kak Masayu
maya & zureen
salam maal hijrah kembali, semoaga tahun yang memberikan keberkatan dalam kehidupan kita
amin..
Kak Masayu;-)
Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga anda dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin.
salam maal hijrah kak mas (-:
semoga tahun baru lebih berjaya.
UstazCahaya
Terima kasih, insya-allah semoga sy mnjadi muslimah yg lebih baik. Amin
Hida
Salam maal hijrah juga buat Ida. Semoga kita sama2 beroleh kejayaan
Post a Comment