Monday, December 7, 2009

Malang yang berbau



Bismillah,

Salam sayang buat pembaca blog budiman. Ingatkan hari ini tidak mahu keluarkan entri, tetapi rasa sunyi sepi pula. Semalam, saya terseliuh pada lutut. Ingatkan tidak ada apa-apa hari ini, sudah tidak boleh berjalan.

Kanak-kanak riang mandi-mandi, airnya melimpah keluar, saya pula terlupa mahu lap segera lantai. Dalam keadaan berjalan laju membawa kain yang hendak dijemur. Terjelepuklah saya jatuh. Apalagi, memang macam nangka wangilah. Hehe ;D.

Saya bersegera ke akupuntur untuk merawat kaki, takut bengkak dan masuk angin. Tutup pula, jadinya saya membuat carian google, bertemu dengan seorang tukang urut wanita. Jadi sambil ke rumah adik, selepas maghrib saya ke rumahnya untuk berurut kaki dan satu badan.

Selepas bulan raya, memang saya asyik dengan kerja dan sudah tidak aktif aerobik dan berlari-lari waktu pagi. Jadinya memang mempengaruhi kesihatan. Patutlah beberapa hari yang lepas sebab berjaga hingga ke pagi, memberi kesan pada tubuh satu badan.

Kononnya, saya sudah berjanji dengan jiran sebelah rumah (Roha), mahu mula berlari waktu pagi keliling taman. Sudah banyak kali batal, sebab hujan jadi kami meneruskan larian atas katil di rumah masing-masing ;D. Selepas baik kaki ini, mahu atau tidak, memang perlu teruskan rutin seperti dulu.

Kak Aisyah (tukang urut) beritahu angin dah masuk banyak. Ye lah saya pun dah lama tak bersauna. Asyik bertangguh-tangguh. Dia juga turut membetulkan apa yang patut pada bahagian peranakan. Katanya angin sudah naik ke hulu hati, sikit masa lagi boleh jadi gastrik. Saya mengakui dalam minggu ini saya makan tak ambil kisah sangat. Patutlah saya sakit kepala pada minggu lepas, rupanya angin satu badan.

Lepas diurut kaki saya masih lagi sakit, jalan pun berdengket-dengket. Semua urusan anak dan rumah en.suami yang buatkan. Saya masak sambil duduk aje. Kelakar pun ada. Saya fkir adalah tu, apa-apa sahaja kesalahan saya yang saya tidak sedar atau sedar. Mungkin juga ada perasaan penat dan mengeluh dalam hati. Tuhan terus aje tegur sahaja. Saya terus dapat tunai! Syaitan dah berjaya buat hati dan fikiran saya lalai sekejap.

Saya muhasabah diri. Mungkin juga. Insya-Allah tiada apa-apa yang mudarat. Tadi saya mengurut lagi, esok-esok oklah ni. Hikmahnya, adalah tu rezeki nak masuk ;D. Hikmahnya juga, selepas berjaya menurunkan semua kelengkapan komputer ke bawah, makanya saya boleh bekerja seperti biasa, hanya tidak boleh berjalan sahaja. Peringatan yang sangat jelas, kalau saya tak insaf lagi, tak tahu nak kata apa.

Salam penuh kasih sayang

www.mssayuahmad.blogspot.com

The First and the most important step towards success is the feeling that we can succeed
~ Nelson Boswell

4 comments:

zarin said...

moga cepat baik :)

Masayu Ahmad said...

terima kasih zarin

Alhamdulillah, pagi ini sudah makin ok

Xara said...

semoga cepat sembuh kak :D

Masayu Ahmad said...

xara-

terima kasih dik

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin