Foto kredit: http://www.shamsuddinkadir.com/v2009/
Salah satu persediaan sebelum bermula bekerja di rumah adalah pengurusan kewangan. Sama ada anda perlu bersedia menyimpan, menyelesaikan hutang-piutang, membuat penyelarasan semula kewangan, bajet tahunan keluarga.
Salah satu sumber yang patut anda baca adalah dari blog Samsuddin Kadir yang banyak memberikan panduan dan tips yang berguna. Saya sendiri masih dalam proses meningkatkan lagi ilmu dan panduan pengurusan kewangan. Saya sudah terlepas satu kursus percuma kendalian beliau memandangkan ada aral yang datang. Sudah pastinya jika ada lagi sesi percuma saya tidak buang masa untuk menghadirinya.
http://www.shamsuddinkadir.com
Berikut adalah buku-buku hasil tulisan beliau yang sudah pun diterbitkan PTS.
Saya ingin berkongsi daripada salah satu bengkel yang dikendalikan oleh Irfan Khairi. Salah satu cara Jutawan mengendalikan kewangan mereka ialah dengan mencari penyelesaian kewangan yang lain.
Contohnya pendapatan Ali hanya RM1 ribu, tetapi Ali mahu membeli sebuah kereta kancil. Ali tidak sama sekali menggunakan sebagian daripada gajinya untuk membayar nilai kereta yang akan dibeli. Sebaliknya Ali perlu mencari sumber kewangan lain seperti menjalankan bisnes sampingan/ kerja sambilan. Sumber kedua tersebut digunakan untuk membayar wang bulanan kereta. Jadi sumber pendapatan pertama tidak akan terjejas.
Lain pulanya Aminah, juga mempunyai pendapatan bulanan RM1 ribu, tetapi minah sememangnya seorang yang up to date, kata orang sering mengikuti perkembangan semasa.
Aminah suka membeli barang daripada bukan kemampuannya. Setiap bulan juga Aminah suka membeli belah. Bagi Aminah itu sebagai terapi untuknya. Dalam RM1 ribu Aminah gunakan membayar sewa rumah, wang bulanan kereta, perbelanjaan makan minum, dan belanja beli belah. Akibatnya Aminah sering kering duit sebelum hujung bulan. Dapat duit terus habis.
Salam penuh kasih sayang
www.masayuahmad.blogspot.com
My mom always said, “Life was like a box of chocolates. You never know what you’re gonna get.
~ Forrest Gump
2 comments:
thanks for the info..nanti i jenguk..dah tk kejer ni memang kena hati2 bila pasal duit :)
zarin
sama-sama kasih, jom sama-sama jadi wanita yg berhemah dalam urus kewangan
Post a Comment