Wednesday, December 16, 2009

Pemasaran Informasi





Sumber: Artikel ini adalah langganan melalui email daripada
Jamaluddin Bahari, Usahawan Internet Malaysia


Jadi mari kita kongsi ilmu tentang Pemasaran Informasi.

Siapa Anda ? Adakah anda seorang,

•Usahawan internet yang menjual produk informasi seperti
ebook dan sebagainya.

•Usahawan kecilan atau SOHO yang menjalankan perniagaan tidak
kira menjual produk mahupun perkhidmatan.

•Usahawan MLM, Direct Selling serta Ejen Insurans.

•Seorang jurujual atau pegawai pemasaran di sebuah syarikat
yang menjual produk ataupun perkhidmatan.

•Yang ingin menjadi usahawan namun tidak tahu perniagaan apa
yang ingin anda jalankan.

Siapa pun anda satu perkara yang mungkin bermain di fikiran anda
iaitu bagaimana untuk melakukan pemasaran dan bagaimana untuk
mencipta jualan yang banyak. Untuk menyelesaikan masalah
pemasaran anda satu amalan pemasaran yang dipanggil Pemasaran
Informasi boleh membantu anda.

Pemasaran Informasi adalah satu usaha pemasaran bagi memasarkan
apa pun jenis perniagan, produk mahupun perkhidmatan dengan
menggunakan informasi sebagai senjata jualan dan pemasaran. Orang
yang menjalankan usaha pemasaran informasi ini digelar sebagai
Pemasar Informasi.

Pemasar Informasi ini adalah mereka yang samada :

Menjual produk-produk informasi secara terus tidak kira
melalui sistem ‘ online’ atau pun ‘offline’ dan terus
menjana wang melaluinya

Seorang usahawan, jurujual atau ahli pemasaran yang
menggunakan produk-produk informasi bagi memasarkan perniagaan

tidak kira perniagaan mereka tersebut menjual produk atau
perkhidmatan mahupun bagi mengembangkan perniagaan mereka

Oleh itu tidak kiralah samada anda mahu menjana wang terus dari
penjualan produk-produk informasi
(secara sambilan mahupun
sepenuh masa).

Atau bagi mengembangkan dan melonjakkan pendapatan
dari perniagaan yang sedang anda jalankan.

Atau mungkin anda memerlukan bantuan mencapai kuota jualan anda Pemasaran Informasi
merupakan kaedah yang sangat mudah, cepat dan memerlukan kos yang
paling optimum untuk anda jalankan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin