Wednesday, December 2, 2009

Simple lebih mudah

Teks: Masayu Ahmad

Islam sudah memberi garis panduan yang jelas dalam kehidupan. Daripada soal makan minum sehinggalah kepada pengurusan kehidupan. Saya bukan orang terbaik membicarakan hal ini, sekadar melontarkan pandangan berdasarkan pemerhatian dan penghayatan. Dalam pilihan kehidupan, lebih mudah jika memilih perkara yang menyenangkan dan memudahkan kita. Mari saya jelaskan dengan lebih mudah.

Uncang misteri dalam kisah Musang Berjanggut

Pernah tak tengok filem Musang Berjanggut, lakonan P.Ramlee. Dalam pengembaraan seorang jejaka mencari seorang bakal isteri yang bijaksana. Dalam uncang tersebut disumbat dan digaul dengan bermacam bahan, beras, rempah dan sebagainya.

Motifnya ingin mencari hanya isteri yang benar-benar layak, penuk kebijaksanaan bukan semata paras rupa. Kesudahannya beberapa calon tewas kerana tidak faham maksud tersirat disebalik uncang yang mengandungi pelbagai bahan masakan tersebut.

Sehingga berjumpa dengan seorang gadis yang bijaksana. Gadis tersebut berjaya mengasing-ngasingkannya. Menjadikan hidangan yang enak dan lazat dimasak dan dihidangkan kepada jejaka tersebut.

Bagaiman kita sebagai isteri perlu bijaksana dalam urusan rumahtangga. Memudahkan urusan suami dan tahu tanggungjawab. Sehebat mana kejayaan kita, suami perlu mendapat pernghormatan sepatutnya. Sesibuk manapun kita, cuba sedaya memasak untuk santapan keluarga. Beban kerja di pejabat dibawa pula ke rumah. Penat di pejabat akan berterusan pula di rumah, melayan kehendak anak-anak pada masa yang sama suami juga perlukan perhatian. Ianya sangat meletihkan dan memerlukan pengorbanan. Sangat hebat wanita di era siber ini memikul tanggungjawab isteri, ibu, anak, ahli keluarga, ahli masyarakat. Sungguh berat sebenarnya. Namun pastinya ada jalan keluar dan pilihan terbaik untuk kita melaksanakannya. Mudah-mudahan.


Survival dalam kehidupan

Jelas dalam kehidupan kita sudah ada cabaran dan perlu siap sedia menghadapinya. Semasa kecil, seringkali kita diberi gambaran yang jelas, perlu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan mendapat kerja hebat. Sebenarnya apa yang cuba disampaikan oleh kedua ibu bapa, agar kita mendapat kehidupan yang lebih baik, ianya hanya boleh dicapai melalui ilmu. Orang kaya berilmu tidak sama dengan orang kaya yang jahil. Jauh beza. Kaya dermawan, kaya beriman jauh beza dengan kaya tangkai jering.

Perubahan masa

Selepas berjuang menimba ilmu, mencari sekelumit pengalaman dengan apa yang dipegang, tidak kiralah diploma, sarjana muda, phd atau apa sahaja bentuk pencapaian. Kita menginginkan kualiti dalam kehidupan. Kejayaan berbentuk pangkat, kuasa, nama dan harta dijadikan ukuran.

Betulkah itu semua menjadi kita semua hebat dan puas dalam kehidupan. Sehingga sampai pada satu peringkat kita sudah tidak upaya mengejar semua itu, apa yang penting kesederhanaan, ketenangan dan kebahagia.

Harta tidak menjamin kebahagian. Namun kemiskinan tidak pula dijadikan alasan. Kita perlu mengambil peluang seberapa banyak yang ada ingin mendapatkan kehidupan sebagaimana yang kita impikan. Sama-sama kita fikirkan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin