Monday, November 30, 2009

Analisa minat & kepakaran untuk memulakan usaha bekerja di rumah.

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Koleksi pemilik asal blog

Ada yang sudah jana pendapatan melalui bisnes online. Ada juga bukan secara online iaitu kovensional. Untuk blog pilihan kali ini, saya memilih sitisifir dan wan anie sebagai satu blog contoh yang menggunakan internet sebagai sumber menjana pendapatan.

Saya ambil contoh yang terdekat sahaja seperti sitisifir mempunyai kedai penjagaan mata, produknya tentulah berkaitan kesihatan mata dan sebagainya. Manakala Wan Anie ada kedai online menjual produk pakaian kanak-kanak.

Cuba kita perhati dan selidik tentang minat dan kepakaran sebelum mereka memulakan bisnes online dan konvensional.

Pengalaman, pendidikan

http://sitisifir10.blogspot.com/

Sitisifir mempunyai kepakaran berdasarkan bidang yang diambil semasa belajar, ianya dipraktikkan dengan memilih bekerja sendiri dan beroperasi di bawah rumah sahaja. Maksud saya kedainya dibawah manakal kediamannya di atas.



Promosi dan jaringan (network)

Pada masanya yang sama dia menggunakan peluang mempromosi melalui internet. Salah satu aktiviti pemasaran yang cukup berkesan. Cik Siti juga amat ramah mesra, mempunyai ramai kenalan maya, Bukan sahaja gemar meninggalkan jejak, malah bijak mengguakan apa yang ada untuk meningkatkan ukhwah sesama sahabat-sahabat maya. Kita boleh ambil contoh projek kebajikan membantu Kak Yong mengutip dana untuk membeli komputer baru-baru ini. Ianya berjaya dalam masa yang singkat.

Wan Anie usahawan online pakaian kanak-kanak
http://tintacomellote.blogspot.com/

Pengalaman dan pendidikan

Wan Anie mempunyai latar belakang kejuruteraan tetapi mengambil keputusan untuk bekerja di rumah. Usaha murni ini semata-mata kerana faktor keluarga terutama mengambil berat soal penjagaan anak-anak.

Bisnes online

http://comellotecollection.blogspot.com/




Wan Anie mengusaha bisnes menjual produk pakaian kanak-kanak. Antara strategi yang dilakukan untuk mengembangkan lagi bisnesnya dengan mengenali lebih ramai sahabat maya yang berpotensi sebagai pelanggan. Sudah tentunya ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan juga wanita yang mempunyai kuasa beli.

Nota: Wan Anie dan Siti sifir, sila perbetulkan maklumat saya sekiranya saya salah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin