Salam tahun baru 1431 Hijrah & Masihi 2010
Memegang status anak, isteri, ibu, pekerja dan ahli masyarakat menjadikan kita perlu memegang amanah dan tanggungjawab yang cukup berat. Wanita versi moden perlu berdepan dengan pelbagai cabaran. Memandangkan tahun baru sudah menjelma, mari kita ubah diri ke arah peningkatan yang lebih baik muslimah moden sejati, isteri soleha dan ibu mithali. Insya-allah
Muslimah moden
Tahu batas-batas seorang isteri apabila keluar bekerja, perlu mendapat izin dan redha suami terutama ketika berurusan dengan lelaki bukan muhrim. Batas-batas perhiasan seorang isteri walau dimana sahaja berada membawa aset seorang suami. Malu, tingkahlaku, bud bicara semunya tersingkap keluar apabila kita mula menonjolkan diri di khalayak. Bengtenglah ia sebaik mungkin, agara kita kekal terserlah sebagai permata yang sentiasa mahal di mata suami dan juga majikan sejati (Allah s.w.t)
Bidadari buat suami
Impian tahun baru perlu realistik dengan tempoh masa, sasaran, usaha dan sokongan yang lain. Kalau tembam, mahu langsing lagi. Tidak pandai memasak, asah lagi kemahiran masak-memasak. Rujukan dan carian google memang banyak memudahkan isteri versi siber. Rakan-rakan alam maya juga banyak yaang memberi tips dan panduan untuk aktiviti masa-memasak. Saya juga masih lagi dalam usaha meningkatkan ilmu masak-memasak
Ibu idola buat anak-anak
Saya selalu membayangkan apabila membasuh atau cebok anak-anak, bagaimana agaknya keadaan mereka ketika dicebok orang lain maksud saya pengasuh atau penjaga. Adakah mereka ikhlas, buat kerana terpaksa atau sebagainay. Selalu mengembalikan semula prasangka baik, semua yang menjaga anak-anak adalah insan mulia yang sanggup berkhidmat ketika ibu bapa keluar bekerja.
Ketika menyuap anak-anak makan, saya terus berfikir, bagaimana agaknya situasi apabila anak-anak makan bersama penjaga. Juga saya kembalikan prasangka baik, mereka (penjaga) sudah ikhlas berkhidmat, jika tidak masakan sudi menjaga anak-anak kecil. Semoga anak-anak yang tidak dijaga dan diasuh sendiri oleh ibu mereka, sentiasa dilindungi malaikat pengiring dan juga Yang Maha Kuasa.
Bakal penghuni syurga atau neraka
Setiap hari setiap detik, apa sahaja yang kita lakukan akan dicatat dikiri dan di kanan. Baik buruk walau sebesar zarah akan dihitung, ditimbang dan diadili. Apakah saya sudah melakukan yang terbaik untuk hari ini. Bermula fajar menyinsing, matahari terbenam. Adakah saya sudah melakukan segala yang diperintahkan? Ilmu yang diamalkan, doa buat ibu bapa, sedekah jariah dan amalan-amalan yang lain. Sangat takut mengenangkan ini. Penghuni syurga atau neraka, hanya ada dua pilihan ini.Masih banyak kekurangan dan dosa untuk menghuni syurga, tetapi jelas sekali sangat takut jika menjadi ahli neraka.
Wahai Tuhan aku tak layak untuk ke syurga mu
Tetapi aku tidak sanggup untuk ke neraka
5 comments:
Salam Ziarah Kak Mas.
Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)
salam kembali ustaz yg dihormati
moga kita menemui kata sepakat dan keberkatan dalam apa juga usaha dan perancangan
mudah-mudahan
Kak Mas yang saya hormati.
"moga kita menemui kata sepakat dan keberkatan dalam apa juga usaha dan perancangan"
Amin Ya Rabb 'Al-Alamin.
selamat tahun baru 2010 kak mas.
semoga lebih cemerlang tahun ini.
Hida naza
terima kasih ida,tahun ni tahun penting utk karier akak
Post a Comment