Saturday, December 19, 2009

Teknik cepat dan sihat untuk suri bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Selalunya apabila bekerja di rumah ada tiga perkara yang menjadi keutamaan iaitu urusan kerja, urusan rumahtangga dan urusan anak-anak. Ianya perlu dirancang dan perlu dilakukan mengikut turutan atau teknik cepat dan pantas.

Ok, untuk hari ini saya bagi panduan mudah cepat dan sihat memasak sambil bekerja.

Untuk pilihan memasak yang cepat dan masih lagi mengekalkan menu sihat kita boleh menggunakan kaedah membakar, mengukus dan merebus. Sajian cepat, mudah dan sihat. Bagi yang kurang mahir memasak jangan putus asa, kemahiran anda boleh ditingkatkan dengan melakukan banyak kali sehingga anda berjaya dan mampu menguasi kemahiran memasak untuk keluarga.
Masak nasi


Masak nasi mudah sahaja kan, basuh dan masukkan dalam periuk. Boleh ditinggalkan begitu sahaja.
Lauk

Untuk pilihan ikan dan atau ayam. Boleh gunakan oven khas uantuk membakar lauk pauk. Saya menggunakan jenis oven yang boleh membakar ikan, roti, ayam dan daging, bakar kuih bingka juga.
Masukkan ikan dan setkan masa sama ada lima atau 10 minit. Boleh ditinggalkan begitu sahaja juga. Tak perlu susah payah menggoreng, jimat masa dan sajian lauk yang menyihatkan kerana menggunakan kaedah bakar tanpa minyak.
Sup


Biasanya ada anak-anak kecil, sup boleh masakkan siap-siap awal pagi atau malam hari. Jadi boleh panaskan dalam periuk elektrik yang ada tulis untuk panaskan (warm). Jadi boleh tinggalkan sahaja juga.

Jadi anda boleh gunakan masa lima hingga 10 minit sahaja pada waktu tengahari untuk menyiapkan tiga menu di atas. Kita memang mengejar masa dan pengurusan masa memang penting walaupun berada di rumah.

Sekian sahaja untuk tips hari ini.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.blogspot.com/

Patience is concentrated strength. -Bulwer-Lytton-

2 comments:

Hida Naza said...

slow cooker juga pembantu yang bagus. terutama untuk sup dan bubur. (-: cuma perlu rancang awal sebab memang sangat 'slow'.

Masayu Ahmad said...

Hida

kaedah 'slow' memang dicipta untuk memanaskan sepanjang masa, kalau 'fast' habis keringlah kuah atau sup ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin