Nota: Setelah membaca luahan Su ini, saya harap kalian semua boleh memberi sokongan dan kepada Su berupa kata-kata semangat. Bantu Su dalam dilema yang dihadapinya agar beliau mampu membuat pilihan tepat untuk diri dan keluarganya. Ini mungkin salah satu bantuan yang tidak seberapa agar Su bangkit semula dan kembali bersemangat sempena tahun baru ini. Mudah-mudahan. Sila ke sini.
Hasrat untuk berhenti kerja telah saya suarakan kepada beberapa orang kenalan dan juga ahli keluarga. Bermacam-macam pendapat yang saya terima. Rata-rata tidak bersetuju dengan hasrat saya itu. Mungkin ramai yang kurang jelas kenapa dan mengapa saya berhasrat untuk berhenti. Untuk berterus terang kepada semua orang, mungkin tidak rasanya. Ianya hanya membuka kepincangan pengurusan di pejabat saya yang juga akan memalukan saya. Paling tidakpun saya hanya berkata 'Nak duduk rumah pulak, jaga anak-anak'.
Saya senaraikan beberapa pandangan yang saya terima tentang hasrat saya berhenti kerja ni.
Dari seorang Ustazah :
Tak sayang ke? Ada kawan saya, juga nak berhenti kerja, saya tanya dia balik 'Kalau laki kau cari lain, macammana? Kalau kau bercerai macammana? Kalau laki kau mati macammana?Anak-anak kau kecil lagi. Jangan berhenti'. Termenung saya sekejap mendengar hujah seorang Ustazah. Begitu jauh pandangan negatif seorang Ustazah. Tiada nada positif untuk menasihatkan kawan. Saya jawab balik 'Ustazah, saya berfikiran positif untuk berhenti kerja ni. Kalau kita fikir negatif macam yang Ustazah cakap tu, akan negatiflah jadinya'. Pada mulanya saya fikir Ustazah ni akan mengalu-alukan hasrat saya untuk menumpukan pada rumahtangga, tapi sebaliknya.
Dari kawan-kawan :
Tak boring ke nanti duduk rumah aje. Kan dah biasa kerja. Saya jawab, 'Boring atau tidak terpulang pada kita. Banyak aktiviti kita boleh buat, bukan sekadar duduk rumah menunggu suami dan anak-anak balik atau memerhati pusingan jam'
Dari adik beradik/saudara mara :
Tidak memberi komen kerana keputusan di tangan saya. Dan mereka juga tahu situasi saya. Tapi ada juga yang cakap 'Bertahanlah kat tempat kerja tu, selagi boleh bertahan'
Dari anak-anak :
Tidak bersetuju kerana nanti kawan-kawan tanya ibu kerja apa? Jawabnya surirumah. Lagi satu nanti jadual ibu berubah. Saya kata nanti jawab dengan kawan-kawan, ibu kerja dengan abah sebab abah yang bayar 'gaji' ibu setiap bulan. Ha ha ha... anak-anakpun suka tengok ibunya berkerjaya.
Dari suami :
Abang tak kisah. Terpulang pada Su.
Secara peribadi memang saya sangat sayang kepada syarikat tempat saya bekerja sekarang. Saya sudah sebati dengan kerja-kerja di sini. Tapi bayangkan telah 10 tahun tiada kenaikan gaji langsung kepada semua kakitangan. Saya rasa benar-benar tidak dihargai oleh majikan. Ramai rakan-rakan sekerja yang telah terlebih dahulu berhenti kerja. Tiga empat tahun masa zaman gawat mungkin masih boleh bertahan. Tapi sekarang ekonomi agak memberangsangkan. Kenapa gaji masih di takuk lama.
Saya pula masih boleh bertahan sehingga ke hari ini kerana saya tak boleh berhijrah ke tempat lain. Rumah saya di sini. Dan Alhamdulillah saya juga tiada tanggungan yang berat dan masalah kewangan yang kritikal. Gaji saya hanya untuk keperluan saya. Segala perbelanjaan rumah, anak-anak, bil telefon, kereta, rumah dan segala-galanya dijelaskan suami.
Semoga Allah memberi petunjuk dan jalan kepada saya dalam membuat apa juga keputusan.
Kalian boleh terus ke blog Su.
1 comment:
Teringat dulu, kawan sy pernah kata sy bodo, keluarga gelakkan saya. kata2 suami tetap nakkan anak djaga sy. Memang la kalau jaga anak sahaja tak berbaloi duk umah, tapi mesti ada masa sengang waktu anak tidur, main, waktu tu daripada menerawang fikir bukan2, sibukkan diri dengan hobi, walaupun penat tapi berbaloi. Daripada buang masa tengok tv, kdg2 cerita ntah hape2. Baikkan sibukkan diri, dengan hobi yang lama2 boleh buat duit. Jangan takut, pandangan orang, jaga anak sendiri, sesuatu yang bagus.
Post a Comment