Foto: http://pixhost.ws/avaxhome/dd/18/000d18dd_medium.jpeg
Alhamdulillah, selepas berurut semalam dan saya masih lagi berusaha mengeluarkan seberapa banyak toksin badan. Pagi, petang hingga malam saya menyapu krim but-but pada tapak kaki, betis dan pada bahagian yang dirasakan banyak angin. Minum teh herba untuk mengeluarkan racun badan.
Sambil itu buat juga gerakan ringan, agar perjalanan darah berlaku pada bahagian semua badan. Petang semalam kaki saya memang tidak boleh diluruskan, selepas diurut, alhamdulillah sudah boleh diluruska. Otot pada bahagian lutut masih lagi bersisa bengkak.
Bangun pagi ini, tubuh rasa lebih ringan. Sudah boleh berjalan dan melakukan kerja rumah yang mudah. Syukur sangat. Kanak-kanak riang semalam menemani saya tidur di bilik bawak aka SOHO saya, tiga dalam satu fungsi bilik ini.
Jadinya, en.suami boleh pergi kerja dengan senang hati. Buat en.suami, saya sangat meghargai. Semua kerja rumah beres semalam, saya hanya berehat. Anak-anak semua diuruskan denga cekap.
Semalam risau, juga, macam mana mahu mandikan kanak-kanak riang. Hakim dan Arif sudah boleh mandi sendiri, tinggal lagi Aiman. Aiman sangat lasak, saya perlu berhati-hati di bilik air.
Badan ini pun sudah tidak sakit-sakit lagi. Betapa pentingnya menjaga kesihatan. Mencegah lebih baik daripada merawat. Saya perlu memulakan semula rutin sihat. Mudah-mudahan.Sangat penting apabila berada di rumah sola keselamatan tidak boleh diambil mudah.
Tips keselamatan di rumah.
1. Permainan anak-anak perlu disimpan selepas digunakan. Elakkan permainan yang kecil-kecil berada di tangga.
2. Bilik air perlu sentiasa diawasi, berada keadaan kering yang sepatutnya. Awasi anak-anak ketika mereka mandi.
3. Jangan biarkan lantai basah. Keadaan ini boleh menyebabkan anda tergelincir. (Ini perlu menjadi ingata buat diri sendiri ;D).
4. Pastikan benda-benda tajam seperti pisau dan garfu berada dalam keadaan tersorok. Kanak-kanak sangat gemar bermain dengan pinggan mangkuk di dapur. Lebih mudah gunakan semuanya daripada jenis plastik, terutama bagi yang masih mempunyai kanak-kanak kecil.
5. Dapur yang menyala, stereka panas, cerek panas, berada kedudukan jauh untuk dicapai. Kanak-kanak juga gemar dalam aktiviti masak-memasak. Untuk lebih terjamin masak pada waktu pagi sebelum anak-anak bangun dari tidur. Masak untuk pagi dan tengahari serentak.
6. Pastikan juga bahan-bahan beracun seperti klorok, serbuk pencuci,racun serangga berada di dalam keadaan tersembunyi. Baca label pada barang-barang tersebut bagaimana cara menyimpan yang selamat.
Salam penuh kasih sayang
www.masayuahmad.blogspot.com
Life is like riding a bicycle, you don’t fall off unless you plan to stop peddling.
~ Claude Pepper
No comments:
Post a Comment