Friday, December 11, 2009

Apa seronoknya jadi wanita



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.bishopslaw.co.uk/cms/photo/misc/Breakfast.jpg

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari. Salam penuh kasih sayang buat suri idaman sekalian. Apa ya menu kalian, hari ini en.suami beli sahaja sarapan. Saya bercuti memasak hari ini. Esok hari minggu tentunya masakan istimewa buat en.suami. Gambar yang disertakan gambar hiasan semata, en.suami sudah belikan nasi kerabu untuk saya dan roti canai untuk kanak-kanak riang.

Gali dan cari minat untuk keseronokan diri

Minat dan keseronokan saya salah satunya memasak. Walaupun tidaklah sehebat chef, tetapi sangat puas hati apabila anak-anak dan suami berselera menikmati.Mungkin keseronokan anda saya berbeza, tetapi jika dicari dan dipupuk sudah tentunya ianya boleh dijadikan satu terapi dan aset paling berharga buat seorang isteri.

Sebagai wanita dan muslimah kita boleh tentukan keseronokan yang boleh memberi rasa bahagia dalam diri. Membesarkan anak-anak penuh kasih sayang, memberi layanan terbaik buat suami.

Pengurus rumah tangga hebat

Menjadi pakar masak di dapur. Boleh menyediakan apa sahaja jenis masakan untuk suami dan anak-anak. Apa gunaya dapur yang moden, cantik dan bergaya jika ia hanya pameran semata. Apa guna koleksi pinggann mangkuk yang mahal berjenama jika hanya simpanan sahaja.


http://www.greatlagunadeals.com/wp-content/uploads/2009/10/tea.jpg

Sempena kedatangan tahun baru, kita menanam azam untuk menyediakan masakan yang hebat kepada suami. Dari tradisional hinggalah barat, dari kuih-muih hinggalah kek moden yang lazat.

Sangat mudah wanita di zaman siber menggunakan teknologi untuk meningkatkan kualiti sebagai isteri yang hebat di mata suami dan anak-anak.

Jika suruhan majikan kita patuh dan akur, inikan pula berkhidmat untuk suami dan anak-anak yang sudah menjadi tanggungjawab kita. Lazimnya selalu kita memberi alasan keletihan. Solusinya di sini jadikan cabaran keletihan kita itu dengan mencari jalan dan penyelesaian. Nanti bersambung, saya mahu layan suami bersarapan dulu. ;D

Salam penuh kasih sayang

www.masayuahmad.blogspot.com

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – Hamka

3 comments:

Ummi Maryam said...

Salam, betul tu, seronok masak sedap2 utk family, saya masih perlu belajar memasak sbb masih belum terer masak walaupun suka masak. Kerja memasak seorg isteri menjadi amat mudah sekrang sbb kalu tak tau resepi pun boleh google je terus kuar resepi masakan yg kita nak...best betul..alhamdulillah, nikmat yg harus disyukuri..

zureen @ mama said...

Memang seronok jadi wanita ni..Alhamdulillah kerana diberi peluang menjadi SAHM spt sekarang..

Masayu Ahmad said...

UmmuFarhan

salam kembali, betapa bertuahnya isteri zaman siber, semua maklumat di hujung jari, usahkan resepi dan deko rumah pn banyak pilihan

zureen@mama

tidak semua orang dapat anugerah SAHM, jadi ianya adalah satu perghargaan yang tidak ternilai tanpa kita sedari

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin