Sunday, December 13, 2009
Empat aspek Work / Life Balance
Foto: http://workathometyping.org/wordpress/wp-content/uploads/workathome-mom.jpg
Teks: Masayu Ahmad
Seimbang karier dan rumahtangga
Kerja seorang isteri, ibu dan wanita tidak pernah selesai. Sehari 24 jam penuh rutin sibuk yang kadangkala menjemukan dan bosan. Anda letih dan mahu berehat. Tetapi jika rehat banyak kerja yang tertangguh dan makin serabut.
Pernah tidak anda melalui rutin yang sangat sibuk, seperti tidak mampu bernafas lega. Bekerja sepanjang hari, mesyuarat, bertemu pelanggan, menyelesaikan urusan persekolahan anak-anak. Apabila malam menjelma anda sudah keletihan tahap maksima. Penghujung hari anda lelah dan lesu. Anda mula berfikir, sampai bila ianya akan berakhir.
Seminggu berlalu, anda mula membuat analisa, betapa banyak tujuan dan matlamat yang anda buru dan perlu lakukan. Kadangkala anda boleh mengingati semua perkara penting, melakukan penuh produktif dan kadangkala anda terlupa juga pada perkara-perkara penting.
Ianya seolah-olah bercampur-campur dalam fikiran, urusan kerja, rumah tangga perlu diurus sempurna dan segera. Kononnya mahu jadi wanita super (super women) Sehinggakan anda rasa penat dan mula sukar mencari masa seimbang atau waktu sesuai untuk berehat dan melepaskan penat.
Bagaimana untuk mencipta keseimbangan untuk wanita berstatus ‘sibuk’? Mari sama-sama selongkar apa yang perlu untuk kembali memberikan tubuh dan fikiran tenang untuk kesihatan rohani dan jasmani.
Foto:http://static.eharmony.com/labs/blog/wp-content/uploads/2007/11/dreamstime_31423421-1-credit-11-7-07.JPG
1.Amalan keagamaan
Komunikasi dengan Tuhan perlu menjadi senarai keutamaan dalam kehidupan seharian. Pertemuaan bermula subuh hingga Isyak, lima kali sehari untuk kita meluah dan merapatkan diri dengan pencipta. Doa, khalimah syukur perlu dilontar dengan fokus dan tenang. Ianya seumpama satu aliran tenaga baru bermula anda mengambil wudhuk dan memusatkan diri dengan pencipta. Ianya boleh juga bermula awal pagi, bagi mereka yang sudah rutin menjadikan solat malam/dinihari (qiamulail) sebagai disiplin harian.
Amalan kerohanian ini berupaya melatih minda dan jiwa agar tenang, cekal dan bersemangat. Bermula dinihari anda sudah memberi masa 10 hingga 30 minit dan ditambah lima kali pertemuan untuk berserah diri dan membina kekuatan dalaman diri.
2. Diri sendiri
Setiap hari kita memberikan perhatian untuk kekal cergas agar mampu bekerja dengan produktif. Namun betapa pun sibuk, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri sebagai tempoh bertenang. Ianya boleh dilakukan dengan mencuri masa 1 jama daripada 24 jam. Lakukan perkara yang anda minati sama ada membaca, menanam bunga atau rehatkan diri di salun atau spa.
Bersambung. ;D
Labels:
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment