Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Salam penghujung tahun masihi 31 Ogos 2009. Lama saya tidak mencoret dan meluah rasa di sini. Apa khabar suri sekalian. Terima kasih sudi bertandang, walau tidak meninggalkan jejak.
Semoga tahun baru hijrah 1431 dan juga masihi 2010 memberikan kita lebih tenaga, kesihatan, motivasi, dorongan dan semangat untuk berusaha mencapai apa sahaja matlamat.
Matlamat saya sebagai anak, mohon yang Maha Esa diberikan ruang dan kesempatan untuk terus berbakti kepada ayahanda tersayang. Masih banyak khidmat yang perlu saya hulurkan.
Menjengah ke kampung beberapa hari lalu, hati rasa begitu sayu melihat ayahanda yang semakin dimamah usia. Dia tidak lagi secergas dahulu. Ternyata saya sebagai anak begitu lalai dengan kehidupan, masih banyak yang perlu saya usahakan agar dapat membahagiakan ayah lewat penghujung usia. Sangat bersyukur, memandangkan ayahanda tidak ada sebarang penyakit.
Dirinya ceria selepas anak cucu sampai. Hakim dan Arif seperti biasa akan dibawa pusing kampung. Hati saya tidak begitu gembira sebenarnya meninggalkan ayahanda di kampung. Puas dipujuk untuk tinggal bersama saya, biasalah orang tua mahu juga berada di rumah sendiri.
Ayah kini ditemani adik lelaki yang bongsu dan juga Puteri Arora. Namun saya tidak boleh mengambil mudah akan kebajikan ayah, semoga saya masih berpeluang memberi khidmat terbaik buat ayah. Jasa dan pengorbanan ayah tidak sama sekali terbalas. Saya masih berusaha untuk memberikan yang terbaik.Insya-Allah.
Ya Allah
Kupanjatkan kesyukuran dengan nikmatmu
Tidak terhitung setiap persatu
Ya Allah,
Maha Pemurah
Lagi Pemberi Rezeki
Limpahkan kurnia
Berkati kehidupan kami
Ya Allah
Padamu aku memohon
Penuh harapan
Jadikan aku anak yang soleha
Kuatkan kudratku
Untuk terus berbakti
Jadikan aku anak yang mengenang budi
Ya Allah
Berikan kesempatan untuk terus berkhidmat
Jangan biarkan aku lalai
Ya Allah
Berikan keberkatan dalam kehidupan kami
Kesihatan terbaik buat ayahanda
Kekalkan dalam iman sehingga penghujung nyawa
Salam penuh kasih sayang,
http://www.masayuahmad.blogspot.com/
Patience and fortitude conquer all things. -Emerson-
No comments:
Post a Comment