Wednesday, December 9, 2009

Matlamat 2010



Foto:http://nicoleleeartistry.files.wordpress.com/2008/04/goals.jpg
Teks: Masayu Ahmad

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam sayang buat pengunjung budiman. Semoga tenang dengan rutin dan aktiviti harian. Saya dalam berkira-kira mahu memasak apa untuk kanak-kanak riang. Kami akan ditinggalkan lagi. Kali ini en.suami akan ke Kuching Sarawak. Semoga pergi dan balik dengan selamat. Sudah tentunya doa dan ciuman kasih sayang buat en.suami semoga dapat berkerja dengan sempurna dan bawa balik rezeki halal dan berkat untuk kami sekeluarga.

Semalam si ayah sudah membeli banyak stok mengunyah-ngunyah untuk kanak-kanak riang. Kanak-kanak riang suka makan, jadi bahan makanan perlu ada. Saya seupaya mungkin tidak membeli dan membuat makanan dengan air tangan sendiri. Jajan dan gula-gula memang sangat jarang kami beli. Setakat ini gigi kanak-kanak riang tidak ada kerosakan lagi.

Hanya kadang-kadang sahaja kami beri seperti ais krim dan lolipop. Nantikan mereka tidak menikmati kehidupan pula. Semua tidak boleh. Sesekali boleh juga merasa, tetapi dalam keadaan terkawal.


Mula tulis matlamat untuk 2010

Apa matlamat untuk 2010 anda semua? Saya ada yang sudah dan masih banyak yang belum mencapai sasaran. Untuk itu saya perlu membawa senarai matlamat saya itu untuk tahun 2010, bersama pelan rancangan sekali.

Ada lima matlamat besar, iaitu:

1.LJDSYU AEWIUEWIDN
2.1 KASJAUJWIEUWIE;WOOWI
3.B,AJS MAJSJ KKUTM,SHD, MAHJ AJSKA AJSKAS
4.PAKK AKSAK & .AKSAL
5.RAKSLA AKSALKS-.ASAKSA;

Barangsiapa daripada anda yang berjaya menafsirkan lima matlamat saya ini, ada hadiah misteri buat anda semua. Ini akan berlangsung selama mana siapa sahaja yang berjaya. Ada berani?

Bersama saya mencapai matlamat.

Ok, sekarang mula tulis matlamat anda. Mungkin salah satunya mahu bekerja di rumah. Bagi mereka yang sudah berada di rumah sudah tentunya mahu menjana pendapatan. Anda boleh menulis di diari, buku kesayangan, catatan peribadi dalam blog. Jika tidak mahu berkongsi tulis dan simpan dahulu. Mana tahu sudah bejaya kelak anda berkongsi bersama saya dan pembaca blog ini.

Sesiapa yang ingin berkongsi matlamat mereka boleh saya tulis di ruangan komen dan kita sama-sama menanam matlamat baru untuk 2010. Sudah tentunya matlamat utama berada di rumah.

4 comments:

Pija Madzlan said...

kod apakah tu... :) saya juga cuba untuk mnulis matlamat saya...dan sungguh tak dapat nak teka matlamat akak..

Masayu Ahmad said...

sitisifir

siapa bijak meneka, memang bijaksana..

kalau dah berjaya capai nanti saya kongsi, kalau belum lagi, maksudnya saya sedang berusaha ;D

mudah-mudahan

maya amir said...

matlamat saya utk tidak mendengar rungutan2 org lain yg boleh menjatuhkan mood saya.. saya tertewas tahun ni, sampai tersilap langkah.. huhu

Masayu Ahmad said...

maya amir

tak apa cuba tutup telinga shaja untuk matlamat tahun baru..

kita tak boleh tutup mulut org

maka kita tutup shj telinga kita, walaupun bukan mudah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin