Friday, December 11, 2009
Salam hujung minggu
http://farm1.static.flickr.com/58/225255512_f85b6c7dab.jpg
Teks: Masayu Ahmad
Salam hari Sabtu, bersamaan 12.12.2009. Hari ini hari istimewa, tarikh kelahiran en.suami.
Apa khabar suri sekalian. Saya rindu untuk melihat suasana matahari naik. Dulu-dulu sangat suka, selepas subuh terus ke pantai. Suasana nyaman waktu pagi memang menyegarkan. Suasana sunyi hanya kedengaran ombak menghembas pantai. Matahari naik sedikit demi sedikit. Waktu ini kalau berlari di gigi air, memang seronok. Hirup udara nyaman. Memang bertuah tinggal di perkampungan nelayan. Mana nak dapat, percuma sahaja, tak payah nak bayar-bayar. Mahu pergi setiap hari pun boleh. Suasana pagi di tepi pantai memang sangat cantik.
Dengan suasana segar, nyaman, bias-biasa cahaya matahari kekuningan memang cantik di pandaang nun jauh di kaki langit. Biasanya apabila sudah terang benderang barulah kami balik. Biasanya saya gemar pergi dengan adik, atau jika ada kawan-kawan yang bermalam di rumah, inilah aktiviti waktu pagi yang saya lakukan. Selepas subuh cepat-cepat berkejar ke pantai sebab mahu lihat matahari terbit.
Sangat seronok dan tenang sahaja. Sambil duduk atas pasir putih, mata memandang ke laut lepas merenung ciptaan Tuhan. Cantinya pemandangan memang sukar untuk digambarkan. Sekarang ini kalau pulang pun sangat jarang saya ke pantai. Kalau pergi pun hanyalah waktu petang, bawa kanak-kanak riang. Saya rindukan suasana nyaman dinihari tepi pantai. Saya mahu mengulangi lagi rutin seperti ini.
Apa menu hari ini ya, saya masih buntu idea lagi. Stok quaker oat pun sudah habis, rasanya mahu seimbangkan semula sarapan sihat, baik untuk kolesterol. Selamat bersarapan pagi dan berhujung minggu.
Labels:
Catatan hujung minggu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment