Teks: Masayu Ahmad
Tips surirumah hebat
Kerja surirumah tidak pernah habis 24 jam 7 hari bekerja. Tetapi anda boleh meletakkan had dan batas dalam setiap pergerakan waktu. Seimbangkan jadual kerja rumah, aktiviti anak-anak, untuk suami dan untuk diri sendiri.
Apabila anda merasakan kepenatan, sakit mata melihat sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak dicuci, kain baju banyak yang tidak berlipat. Rasa letih dan marah apabila kemas di sini, di sana berselerak, kemas di atas di bawah pula lintang pukang.
Amanah vs pahala
Bekerja juga adalah satu amanah, majikan kita sudah tentunya Dia, yang maha kuasa. Betapa sayangnya pada wanita kerana banyak memberi ruang dan pahala berlipat ganda. Setiap apa yang dilakukan setiap hari akan siap sedia dicatat oleh Malaikat di sebelah kanan. Tetapi jika kita buat dan kita merungut, sudah tidak ada keikhlasan di situ, macamana majikan mahu bagi upah yang sewajarnya jauh sekali bonus.
Ibaratnya seorang pekerja yang produktif yang sentiasa patuh pada arahan bos, setiap apa yang bos arahkan, pasti dibuat dengan penun teliti dan tekun. Oleh kerana prestasi yang bagus, bukan sahaja dapat kenaikan gaji malah dapat bonus pula.
Surirumah yang terisi
Bagaimana pula kita sebagai surirumah memang banyak peluang yang diberikan majikan untuk mendaptkan gaji yang lumayan (pahala) dan juga bonus (mahu masuk syurga). Betapa tidak sememangnya banyak ruang dan peluang yang perlu diraih. Tidak semua wanita yang bernasib baik untuk berada di rumah. Tidak semua juga yang sanggup untuk menguruskan sendiri anak-anak. Sedangkan mengandung sembilan bulan sanggup, menyusu penuh selama dua tahun sanggup, tatapi menguruskan anak-anak tidak berapa sanggup.
Kesesuaian mengikut masa
Kecekapan untuk menjadi wanita dan surirumah yang efisien ada juga garis panduannya. Garis panduan yang jelas sudahpun diberikan oleh majikan kita yang sebenar (Allah s.w.t). Daripada sekecil-kecil urusan sehinggalah sebesar-besar urusan. Tinggal sahaja lagi kita perlu mencari, mempraktik, memilih kesesuaian mengikut gaya hidup masing-masing.
Ada surirumah gemar basuh kain tetapi tidak berapa gemar lipat kain (saya lah tu). Ada yang gemar memasak tetapi tidak rajin basuh pinggan mangkuk belanga (saya juga). Jadi apa tindakannya.
Saya buat dahulu perkara yang saya kurang gemar sebagai senarai keutamaan yang perlu disiapkan. Seterusnya barulah lakukan perkara yang saya suka. Ini memudahkan dan melapangkan fikiran. Apa tidaknya saya tidak dapat bekerja dengan senang hati selagi kain baju tidak diuruskan.
Tidak sempat dan amat sibuk
Saya juga sebagaimana wanita lain, jika terlampu banyak senarai yang perlu diurus, kain baju akan diasingkan dalam tiga bakul berlainan mengikut kategori. Bakul-baku akan disusun cantik dalam sebuah bilik. Rumah rasa lapang tanpa ada pemandangan kain berselerak dan timbunan pakaian yang tidak dilipat. Apabila ada masa yang sesuai pada waktu sibuk, saya curi masa mengambil bakul A. Begitulah seterusnya, bakul B, C. Alih-alih semua sudah dilipat. Tetapi saya juga masih mencari formula dan meningkatkan diri dalam ilmu kemahiran rumahtangga. Saya bukan contoh terbaik, tetapi berkongsi kadangkala memberi kita idea. Setiap surirumah mempunyai cara masing-masing menguruskan rumahtangga.
Ada juga suri yang gemar membuat pilihan sama ada hujung minggu atau hari-hari tertentu sebagai hari melipat pakaian atau menggosok.
Setiap hari boleh peruntukkan 10 minit untuk menyiapkan tugasan pasal kain. Jika sudah lebih daripada masa yang ditetapkan, tangguhkan dahulu tugasan tersebut dan bergerak ke tugasan lain. Tetapi jika anda sudah cekap menggunakan 10 minit setiap hari, maka ianya akan sebati. Perubahan akan berlaku setiap masa namun kecekapan boleh dilatih setiap hari mengikut kemahuan dan keinginan diri.
3 comments:
tip yg amat baik n sesuai utk saya sbg sorg surirumah yg berkerjaya
salam lisa
sema pn boleh pakai, surirumah n yg bekerja, dua2 pn memang sibuk
setuju dgn cara nie, lebih praktikal ^_^
Post a Comment