Wednesday, December 16, 2009

Keputusan Penuh Peraduan Buku Inspirasi 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t. Tanpa membuang masa, berikut adalah pemenang-pemenang untuk peraduan buku inspirasi 2009. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.



Hadiah Pertama
Ely Hasrul- http://mrspapi.blogspot.com/

Emaikan alamat: pn.masayu@gmail.com)

Ely antara pengikut terawal blog ini. Ely seringkali meninggalkan jejak walaupun saya sangat jarang meninggalkan komen di blog beliau. Beliau pernah berhenti kerja dan mula mengintai peluang untuk menjana pendapatan hanya dari rumah.

Namun Ely kembali memegang status wanita bekerjaya memandang masih ada beberapa kekangan baginya untuk membantu ekonomi keluarga.Saya doakan impian Ely untuk kembali memegang status wanita bekerja di rumah menjadi kenyaataan.

Buku ini diharapkan menjadi salah satu sumber maklumat dan persediaan awal sebelum Ely bertekad berhenti kerja kelak.

Hadiah ini juga ibarat penghargaan daripada saya buat Ely, memandangkan dalam pembabitan awal saya dalam dunia blog, beliau antara yang paling setia sering meninggalkan komen. Ianya ibarat usaha yang sangat saya hargai, walaupun komen yang ringkas ianya memberi semangat kepada saya untuk terus berkongsi dengan lebih ramai wanita yang mempunyai matlamat dan impian yang sama. Terima kasih Ely Hasrul.

Jawapan Ely

1 Apakah status anda kini?

Wanita bekerjaya mempunyai pendapatan sampingan/sambilan (Nyatakan); as i'm a tupperware dealer now and i make so little extra money for that (sbb buat sekadar suka suki) but i think i just answer Wanita bekerjaya dulu for now.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Impian saya dimasa akan datang ialah ingin menjadi WAHM. Saya tidak mahu menjadi wanita bekerjaya sebenarnye. I'm a mother with expenses.

Sekarang saya sedang menyelaraskan semua hutang piutang saya, restructure balik bak kata kakak (she's a bank manager anyway), menghalang diri dari berbelanja (agak susah juga) dan menggunakan sumber yang ade untuk menambah pendapatan (kena buat yard sale nih).

Diharap dalam masa 2 tahun saya berjaya bangkit semula dan dapat juga duduk dirumah bersama Sami (yg dah pandai pakai seluar sendiri di umur 21bln huh sedihnye). Tahun 2011 nantikan saya. Samada tahun itu menjanjikan kegembiraan (sbb umah dah siap) atau juga mendapat dugaan (sbb expenses dah bertambah)


Tempat Ke dua

Nurhidayah Nazahiyah- http://hidanaza.blogspot.com/




Semangat dan perjuangannya yang mahu merealisasikan matlamat bekerja benar-benar menarik perhatian. Persediaan yang dilakukan lain dari yang lain dan ianya perlu dikongsi dengan surirumah.(Emailkan alamat di Malaysia:pn.masayu@gmail.com)

Nurhidayah atau panggilan mesranya Ida adalah antara silent reader. Namun baru kebelakangan ini Ida berusaha meninggalkan jejak.

Ida begitu komitmen dalam pengurusan kewangan berhemah. Persediaan asas dari aspek pengurusan kewangan berhemah adalah salah satu persediaan yang perlu dijadikan keutamaan. Ida sudah berusaha sejak mula bekerja untuk membebaskan diri daripada pinjaman pendidikan.

Ini sangat memudahkan bagi Ida, jika kelak beliau sudah bermula untuk berhenti kerja, tanpa perlu memikirkan lagi membayar tunggakan ataupun hutang piutang.

Persediaan kewangan yang dilakukan Ida boleh dijadikan contoh kepada surirumah yang lain dalam pengurusan kewangan berhemah. Tidak ramai wanita yang sanggup memendam hasrat membeli belah semata-mata untuk menyimpan dan melangsaikan hutang piutang. Namun itulah yang dilakukan Ida. Jarang sekali kita jumpa wanita yang mampu berdepan dengan cabaran jualan murah, pakain baru lagi bergaya. Tetapi Ida sudahpun membuktikannya. Tahniah Ida.

Jawapan Ida

Apakah status anda kini?


c.Surirumah sepenuh masa (SAHM)

Buat sementara waktu ( 1 tahun sahaja bercuti tanpa gaji), saya adalah surirumah sepenuh masa kerana menemani suami yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di United Kingdom. Masih mempunyai kerjaya tetap sebagai eksekutif di syarikat multinasional. Punya keinginan untuk mempunyai perniagaan online tetapi masih tercari-cari kesesuaian. Baru berjinak-jinak dengan dunia online kerana semasa bekerja tidak sempat untuk mencari maklumat akibat kesuntukan masa.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

2.Mahu sukses sebagai wanita bekerjaya dan mampu mengimbangi urusan keluarga dan kerjaya.

Buat masa sekarang, nampaknya oleh kerana belum ada sumber pendapatan sampingan yang boleh dibuat belanja sebagai elaun ibubapa maka saya masih perlu bekerja. Saya tidak bermimpi untuk menjadi pengurus besar syarikat tetapi cukuplah punya wang untuk berbelanja sederhana dan berbakti kepada ibubapa disamping bebas dari belenggu hutang. Alhamdulillah, semua hutang sudah saya langsaikan sepanjang 6 tahun bekerja. Itupun kerana menyekat nafsu dari berbelanja bonus tahunan dengan membayar hutang pengajian.

Saya juga impikan perniagaan online yang saya boleh lakukan di mana-mana sahaja kerana tugas suami yang perlu berhijrah ke cawangan syarikat yang berbeza. Saya tidak mahu keluarga berjauhan antara satu sama lain sekiranya kami tidak punya peluang untuk bekerja di tempat yang sama. Andai saya punya sumber kewangan sampingan, maka saya tidak ragu-ragu untuk melepaskan jawatan yang disandang sekarang.

10 Pemenang Kategori Penghargaan

10 Pemenang Penghargaan (Artikel akan dimasukkan dalam salah satu projek penulisan, blog pilihan dalam diari naufal)

1.Sitisifir- http://sitisifir10.blogspot.com/
2.Wan Anie- http://tintacomellote.blogspot.com/
3.Nor Azura Abdullah - http://comeybelako.blogspot.com/
4.Faziatun Nisa - http://fazya.blogspot.com/
5.Normi Hj. Mat Yusof http://kedaihuffaz.blogspot.com/
6.Siti Mariam binti Mohamad Morshidi- http://gerairizqi.blogspot.com/
7.Ummu Hanani- http://ummihanani.blogspot.com/
8.Kak Chik - http://keluargakusayang.blogspot.com/
9.Mommy Lyna-http://mysuperkids.net/
10.Salwa-IbuKauthar.Com (Mohon emailkan saya jawapan peraduan- pn.masayu@gmail.com)


Buat peserta-peserta yang lain, anda semua memang wanita hebat. Anda semuanya layak mendapatkan buku pilihan, namun sudah adat peraduan. Anda sudah menang kerana sudah ada matlamat yang jelas iaitu ingin berada di rumah dan menjana pendapatan, jadi teruskan berusaha dan bersama komunit bekerja di rumah di blog ini.

Insya-allah masih banyak buku dan peraduan yang lebih menarik untuk disertai. Anda layak untuk menyertai peraduan seterusnya. Dapatkan maklumat peraduan dari masa ke semasa.

Salam penuh kasih sayang,peluk cium penuh kemesraan. Saya mohon maaf jika ada terlebih dan terkurang selama peraduan ini berlangsung. Selalulah meninggalkan jejak, sekurang-kurangnya saya lebih kerap mengikuti perkembangan anda. Ianya memudahkan saya mengikut dan mengetahui perkembangan anda dari jauh.

Kepada 12 pemenang, perlu bersedia. Hantarkan sebelum 20 Disember 2009.

1. Nama mengikut Kad Pengenalan (cth. Masayu Ahmad)

2.Gambar pilihan, sama ada gambar profile anda atau gambar bersama anak-anak atau gambar di pejabat di rumah anda. Gambar ini akan digunakan dalam projek penulisan saya.

Contoh gambar seperti berikut. Jika tidak ada, gunakan gambar terbaik dari koleksi album anda. Jika ada terlalu banyak, pilih tiga yang terbaik dan letakkan di blog anda. Saya akan memilih mana yang lebih sesuai. Terima kasih.


Contoh 1


Contoh 2


Contoh 3


Contoh 4


Contoh 5


Contoh 6


Contoh 7


Contoh 8


Contoh 9


Contoh 10



Senarai 10

1. SITI NURAZLINA NOH-sauberlina@gmail.com (http://mysuperkids.net/)

10 comments:

Ely Hasrul said...

OMG. malu sdr sebenarnye sbb bagi jawapan terlalu simple. thanks a lot Mas! akan menggunakan buku itu sepenuhnye!

Tengkiu! Tengkiu! Tengkiu!

Wan Anie said...

tahniah kepada pemenang!

sekarang ni saya sudah pening-pening lalat mencari gambar yang bersesuaian.. :lol: minggu depan dah mode cuti seminggu

Ummi Hanie said...

taniah kpd semua pemenang..
ade contest nanti jgn lupa war2kan ye puan masayu ?

Unknown said...

wah! what a surprise. i just answer ikut sedap rasa. never think twice pun.

million thanks, it is very meaningful for me to do better as a wife, mom and working entity.

Hida Naza said...

tak sangka menang peraduan ini. kali pertama mencuba pula tu. terima kasih. akan saya manfaatkan buku itu sebaik-baiknya. (-:

Ummi Hanani said...

Assalamualaikum..
Tahniah kepada pemenang 1 dan 2 ye..
Tak sangka tersenarai dalam 10 tu..ok insya Allah saya akan emailkan seperti permintaan masayu..terima kasih

Salwa said...

Tahniah semua :)
saya suka dengan contest ini
alhamdulillah sy berpeluang menyertainya walaupun pada saat2 akhir
tqvm MasAyu kerana mewujudkan contest yg best ini :)

ciketon fazya said...

salam kak, tq [lompat2 gembira jadi top 12]

hehe saya tgh cari gambar, rupenya dlm byk2 gambar takberapa ada gambar bekerja.. [sbb pengambil gambarnya diri sendiri aje..huhu]

Unknown said...

salam mas,

tahniah kpd pemenang2 utama! semoga cita2 kita semua tercapai.
kakchik tadi ada tinggalkan komen di entri yg agak terkini.
tapi kalau mas nak pilih gambar yg lebih sesuai, sila tgk album kakchik di picasa ya. ini linknya: http://picasaweb.google.com/hanniaziz08/MariBacaBookstoreSBlog#

Ely Hasrul said...

hi Mas, sori sgt2 sbb xdpt jumpa gambar yg elok. pas tu mmg dh terang2 lah lambat bg gambar. if utk masa terdekat mas bleh amik gamba dr entry nih. gambar kitorg betiga time raya hari tu
http://mrspapi.blogspot.com/2009/10/raya-2009.html

insyaallah scpt mungkin sy email kn gambar 'bekerja', minggu nih agak tight and tgh siap sedia nk pg interview.. doakan ye. oh yea, sy nama suhaili punari

tengkiu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin