Thursday, December 10, 2009

Jom minum petang

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Koleksi pemilik asal blog



Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google

Selamat petang buat pengunjung tersayang. Jomlah kita jamu mata sambil minum petang. Petang ini saya tak buat apa-apa menu pun. Minum kopi radix, baru selesai kerja rumah. Malam nanti tak tahu nak masak apa lagi. Semalam ikan sambal pedas dan sayur kangkung goreng.

Biasanya saya kalau kuih minum petang saya sangat suka kuih talam keladi. Tetapi saya tak pernah buat lagi dan tak pula mencari resepi. Mungkik Kak Yatie sangat pakar dalam hal ini. Saya selalu jengah blog Kak Yatie, sangat tererlah dia buat roti. Itupun antara senarai seni memasak yang perlu saya mahir. Tidak tahu lah nak cuba bila. Tetapi dalam hati memang suka dan mahu buat untuk kanak-kanak riang dan juga kanak-kanak berstatus dewasa ;D.

http://yatiezaini.blogspot.com/

Tengok ni, bukan mudah buat macam ni kalau tak pakar. Bilalah saya pandai buat roti macam ni.

Ini juga salah satu jenis kemahiran yang diperlukan jika anda berkeinginan untuk buka kedai roti dan kek. Permintaannya selalu ada.

Pilihan roti yang ini, sangat sedap dijadikan menu petang mahupun sarapan pag.



Begitu juga yang ini.



4 comments:

Pija Madzlan said...

Saya pulak tak ada cita2 nak bukak kdai makan..masak kat kanak2 ni pun rasa susah..huhuhu

Masayu Ahmad said...

sitisifir

mungkin minat masak siti boleh diselongkar lagi tu

mungkin juga sebab sibuk n byk tugasan harian itu yg kadnag2 memasak pn rasa letih

sy pn kadang2 ambil cuti juga dr masak-memasak ini

y@tiezaini said...

salam masayu .. dh antar komen kat sini tp x kluar ..x tahu ler kenapa .. niway tks sbb sudi wat entry khas utk k.yati .. k.yati pun bukannya pandai sangat masak ..kadang2 mood malas lebih pada mood rajin ..cuti jer lah manjang ..

Masayu Ahmad said...

salam kak yatie

nampak pn dah menyelerakan, kira pamdailah tu,

apapun kepakaran akak memasak sekurang2 nya beri inspirasi dan idea kpd saya utk masak-memasak ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin