Thursday, April 1, 2010

Jurufoto pilihan




Jurufoto pilihan saya

Teks: Masayu Ahmad

Ketika bekerja sebagai wartawan dahulu saya mempunyai pasukan atau rakan kerja yang ke semuanya bagus-bagus. Semuanya ada keserasian kimia. Dan kini apabila saya kembali bekerja sendiri, sahabat lama adalah antara penyokong belakang tabir paling kuat.


Di atas adalah jurufoto kegemaran saya dulu dan hingga sekarang. Apabila ada projek khas, saya suka memberi kepercayaan kepada Fendi. Kerana sentuhan 'magic' beliau. Kini saya kembali menghubungi beliau untuk salah satu projek pada akhir April 2010. Beliau sudah tahu apa yang saya inginkan, 'kesempurnaan'. Sanggup melayan kerenah dan 'cerewet' saya. Tetapi apabila sudah selesai memberikan informasi, saya sudah tidak kacau ketika  Fendi bekerja dan hasilnya memang mengagumkan. Untuk laman web rasmi, saya akan menggunakan kepakaran beliau sepenuhnya. Nantikan juga hasil kombinasi kerjasama kami kelak.

Jika mahu belajar sebagai juru foto seperti beliau sila ke sini;http://ephotocourse.blogspot.com/

2 comments:

Unknown said...

Subhanallah... cantik-cantik gambar yang dia ambil Mas. Alangkah seronoknya kalau punya peralatan yang bagus dan kemahiran serta teknik yang canggih dalam merakam gambar. Mas bertuah sebab punya rakan-rakan yang berkemahiran.

Masayu Ahmad said...

salam kak chik

itulah dia, persahabatan bukan boleh dibina dalam masa sehari

diorang sekarang kebanyak juru foto profesional untuk astro

dulu kebanyak majalah pengantin, nona, libur ini adalah salah sorang otai-otai

itulah alhamdulillah dengan sahabat-sahabat yang banyak membantu saya, harga kawan-kawan untuk hasil profesional ;D

aset inilah yang sangat saya jaga sejak dari dulu- sahabat masa susah dan senang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin