Tuesday, April 6, 2010

Pelaburan yang mana pilihan kita

Teks: Masayu Ahmad

Ramai yang tahu, ambil peduli tetapi kurang mampu mengambil tindakan. Ramai yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Ramai yang mahu mengikut, tetapi mengikut pengaruh majoriti adalah lebih memberi kepuasan.

Apa pilihan, kepuasan dan pertimbangan dalam kita memilih yang terbaik buat diri sendiri. Ada yang tahu sangat bagus untuk menjadi suri rumah tetapi seolah-olah tiada pilihan kerana kita perlu mengejar material untuk kesenangan.

Betulkah kesenangan itu ada pada ukuran material, memakai pakaian yang cantik, badan langsing bergaya untuk tontonan umum.

Saya suka memerhati dan kembali mengigati diri sendiri. Apa sebenarnya saya mahu dan wanita diluar sana mahukan.

Adakah gaji RM10 ribu sebulan?
Baju dan perhiasan bertukar setiap hari?
Membanding-bandingkan kehebatan anak-anak masing-masing?
Beradu kehebatan jawatan, kesibukan kerja.
Beradu hebatnya perhiasan rumah tangga.

Apa yang telah dan sudah kita lalui setiap hari. Betapa mudahnya kita mengambil ganjaraan daripada majikan yang sebenar kerana ramai yang tahu, tidak tahu dan tidak ambil tahu. Jika lakukan dengan ikhlas, ganjarannya pasti ada.

Saya pernah menyiarkan 50 keistimewaan muslimah. Mari kita selongkar dan ulangkaji bersam-sama.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah
Bila kali terakhir menyapu rumah kita sendiri. Sambil menyapu sekalipun, kita masih ada dalam fikiran, banyak betul kerja yang perlu diselesaikan sambil mengeluh kepenatan. Tidak pun sudah berapa tahun tidak menyapu, kerana tugas tersebut sudah diberikan secara rasmi kepada pembantu rumah.


Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
Betapa besar janji dan kurnia Allah kepada wanita, tetapi betapa ramai pula yang tidak mahu mengambil peluang ini. Pun begitu, jika tidak berpeluang masih ada ruang dan cara untuk mencapai tahap ini. Saya percaya ramai wanita hebat diluar sana mahu mendapatkan anugerah seperti ini.

Mari kita sama-sama tetapkan matlamat untuk menjadi wanita terbaik di sisi suami, anak-anak dan keluarga. Saya sendiri masih bertatih dan mengharapkan segala apa yang dikongsi di sini menjadi peringatan buat diri sendiri.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin