Wednesday, April 21, 2010

Menghangatkan semangat suri rumah

Teks: Masayu Ahmad

Barang siapa yang kekal hebat semangat waja dengan rutin di rumah memang hebat. Tenang dalam ribut, suara lunak sebelum keluar hali lintar.

Berikt saya senaraikan impian ramai suri rumah setiap hari

1. Bangun pagi segar bugar.

2. Rumah bersih, harum, kemas dan cantik.

3. Anak-anak mendengar kata, bangun mandi, sarapan dan ke sekolah.

4. Semua ahli keluarga bersarapan dengan seronok, ikut jadual sebagaimana rutin harian.

Apa yang tidak mahu dan tidak seronok.

1. Kemas rumah, kemudian selerak semula.

3. Aksi anak-anak mahu tarik perhatian, menangis, lapar, menyelerak rumah.

3. Banyak kerja yang sama sapu, kemas, basuh pinggan mangkuk kotor, masak, masak, masak.


Apa yang seronok.

1. Apabila ikhlas kitalah hebat di mata majikan. Sudah banyak yang dijanjikan oleh majikan sebagaimana yang sudah saya senaraikan 50 ganjaran untuk muslimah hebat (sila rujuk tazkirah).

2. Kita adalah wanita terpilih kerana sanggup berada dan mengurus rumah tangga.

3. Cuba bayangkan mana lebih baik, bangun pagi berhias cantik-cantik tetapi mahu tunjuk kepada rakan pejabat  atau majikan. Bukankah lebih bagus berhias cantik-cantik untuk suami, yang sudah tentu kita dapat pahala jika dilakukan dengan ikhlas.

4. Mana lagi bagus kita sanggup kerja siang dan malam, Sabtu dan Ahad untuk majikan. Kononnya untuk prestasi syarikat. Alangkah molek lagi kalau siang dan malam, Sabtu dan Ahad kita bekerja dengan ikhlas untuk memastikan rumah bersih, wangi, anak-anak sihat sejahtera.

5. Mana lagi bagus, mengukur jalan di pasar raya setiap bulan, perabis wang. Memang tak pernah cukup pun, berbelanja sakan. Banyaknya sampah sarap dan stor rumah. Apa kan tidak setiap bulan berbelanja. Apa sahaja perlu tidak perlu, beli kerana nafsu, pengaruh rakan, mudah tergoda iklan jualan murah. Kan lagi bagus, hari minggu masak dan bawa anak-anak berkelah tepi pantai, air terjun, tempat permaina, tasik yang permai. Tepuk dada tanya nafsu.

6. Adakah kita berbelanja kerana keperluan, atau mengikut trend atau mahu menunjuk kita ada duit. Mana satu pilihan tanya kocek dan ukur bajet sendiri.

Salam penuh kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

Nota: Saya dengan rendah diri mengalu-alukan komen dan pandangan kalian. Sekiranya saya lambat memberi respon tidak bermakna saya tidak baca. Saya dalam kritikal 'bertarung dengan tugasan'. Cepat atau lambat saya membalas komen, moga kalian tetap sudi juga meninggalkan jejak di sini. Siapa sahaja yang meninggalkan jejak, saya sangat menghargai. Pun begitu jadikan kebiasaan menjadikan perbincangan santai dalam setiap topik yang saya utarakan. Saya sayang kalian semua. ;D

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin