Monday, April 12, 2010

Peraduan Buku Inspirasi Akan bermula tidak lama lagi

Teks : Masayu Ahmad

Mohon maaf keran mengambil masa mengumpul senarai nama peserta dan pemenang. Insya-Allah hadiah akan mula beredar mulai minggu ini. Selalunya saya hanya perlu memilih seorang atau dua sahaja, tetapi untuk peraduan yang lalu melibatkan ramai peserta juga.

Peraduan Buku Inspirasi Mei akan bermula

Insya-Allah jika tiada aral melintang, peraduan seterusnya akan bermula penghujung April atau Mei. Juga saya menerima tajaan baru daripada syarikat penerbitan buku. Tetapi saya belum memberi maklum balas secara rasmi lagi.

Dua penaja hadiah buku bagi peraduan yang saya anjurkan ialah PTS Millenia dan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Saya akan memilih hanya buku yang berkaitan motivasi Islami, motivasi wanita juga buku-buku berkaitan pembangunan diri dan juga bisnes. Setiap pengunjung blog adalah layak untuk menyertainya. Terma dan syarat untuk peraduan seterusnya adalah lebih mudah. Saya hanya membuat cabutan sahaja mungkin setiap bulan, dua bulan atau tiga bulan.

Peserta hanya menyatakan 'Saya Mahu Buku Ini' dan perlu sertakan terus alamat ke email masayu2010@gmail.com

Selepas menganjurkan beberapa siri peraduan, saya melihat beberapa perkara. Peraduan perlu mudah dan senang. Juga para peserta perlu terus menghantar alamat email, untuk mempercepatkan proses penghantaran.

Insya-Allah penantian pemenang akan berakhir tidak lama lagi. Sabar ya, ganjaran kalian tetap ada.

2 comments:

Ely Hasrul said...

nak! nak! nak!

p/s- tgh cari buku masakan nih :P

Masayu Ahmad said...

buku masakan tak ada dalam senarai ;D

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin