Thursday, April 1, 2010

Stesen kerja saya

Diari putih yang sudah berbogel itu, sangat penting jika hilang bikin jiwa lara. Itu adalah catatan dan senarai kerja harian yang 'wajib' saya langsaikan.
Ingat tak entri saya kehilangan sebuah beg yang mengandungi 20 buah buku. Kini saya menerima kembali lebih 20 buah buku itu diganti dengan buku-buku yang lain. Sungguh besar kasih sayang Allah dan rezeki itu jika kita lihat datang bersama ujian dan kembali bersama hikmah yang tidak terduga. Alhamdulillah.

Ini susunan meja terkini untuk mood marathon yang baru.


Akses internet dengan kelajuan yang tinggi untuk saya melakukan penyelidikan maya. Sistem suara yang bagus sangat penting untuk halwa telinga mendengar lagu motivasi dan surah-surah pilihan untuk menenangkan jiwa semasa bekerja.

Dua susunan ini perlu saya baca, hadam dan khatam. Ini adalah input penting dalam proses penulisan. Timbunan ini akan berubah mengikut pilihan projek setiap bulan.




Di belakang saya, ada sofa untuk saya meregangkan urat, bersebelahan dengannya, katil bujang untuk menidurkan Aiman waktu tengahari (kadang-kadang dengan ibunya sekali nyenyak). Arif beraksi, foto dirakam oleh hero terjunan tirus yang kembali beraksi dengan kamera pula.


Untuk sekian kali ini adalah kali ke enam saya mengubah lagi kedudukan meja kerja. Setiap kali mahu menyambung tugas, saya rasa ada sekatan atau dengan kata lain idea saya lambat. Untuk itu saya mahu mengubah lagi kedudukan.

Sudah dua bilik dan dua ruang yang berlainan saya mengubah. Kali ke enam ini saya mahu abadikan, sehingga saya mengubah kembali ke tingkat atas.


Variasi dan pelbagai

Saya boleh dikategorikan cepat bosan dengan suasana yang sama, persekitaran yang sama. Jadi mengubah-ngubah memberi mood baru dalam suasana kerja.

Disebabkan ada sedikit masalah tekniknal, buat sementara waktu saya kekal di bilik bawah. Mungkin bulan hadapan mahu kembali ke tingkat atas.

Semalam berpesan kepada en.suami, apabila beliau pulang dari aktiviti badminton saya pesan agar pindahkan meja kerja saya. Jika saya terjaga, saya mahu suasana baru.

Kononnya malam tadi saya mahu marathon menyiapkan kerja, alih-alih terlelap bersama Arif dan Hakim hingga pagi. Saya bangun dan terus mengemas kini meja kerja yang baru.

Walaupun sedikit sahaja berubah kedudukan, mood kerja saya yang sudah ‘lari’ semalam, hari ini kembali dengan penuh semangat.

Berikut adalah contoh persediaan peralatan asas untuk kerja saya. Bidang saya adalah penulisan dan penyuntingan jadi senarai ini membantu bagi mereka dalam kategori yang sama. Jika bidang kalian adalah memasak, sudah tentu peralatan dapur adalah keutamaan yang penting.


1. Set komputer
2. Akses internet dengan kelajuan yang tinggi
3. Printer
4. Telefon- untuk urusan rasmi
5. Buku-buku rujukan dan penyelididkan
6. Buku catatan harian- senaraikan tugas harian dan tandakan yang sudah selesai
7. Diari hitam-digunakan untuk menghadiri mesyuarat, perbincangan penting.
8. Sistem audio yang membantu menyegarkan minda, apabila mood sudah kucar-kacir jadi saya suka mendengar secara langsung surah yasin, atau nasyid yang memberi semangat kepada jiwa.
9. Buku motivasi-jika jiwa saya sudah dilanda malas atau sudah dikacau oleh bahana kata-kata negative, saya perluakan rawatan segera dengan mencari buku yang paling tinggi sentuhan motivasi untuk merawat segera jiwa ‘kacau’.
10. Sokongan balik tabir. Sokongan dan dorongan yang paling penting adalah en.suami, yang sudi mengikut apa sahaja kemahuan dan melayan kerenah saya ini. Kadangkala sangat sedih dan kadangkala sangat terharu. Sedih kerana saya masih tidak sedar diuntung, masih perlu melengkapkan ilmu-ilmu seorang isteri terbaik buat suami. Terharu kerana en.suami sudi membeli apa sahaja keperluan saya, menjaga anak-anak ketika saya keluar dan memberi sokongan padu dalam apa sahaja yang saya perlukan. Dialah suami terbaik untuk saya.

2 comments:

Unknown said...

dengan ini saya mengisytiharkan saya sungguh jeles dengan anda yang dapat bekerja dari rumah. apakan daya poket saya teramat kempis & kalu wfh...tatau lah apa yang saya nak buat kan. hehehe

Masayu Ahmad said...

zura

sudah baca ka maklum balas saya untuk zura entri sebelumnya

saya mahu bagi reward pad zura

sila cari maklumbalas tersebut untuk entri sebelumnya ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin