Sunday, April 18, 2010

Bulan April yang mencabar

Teks: Masayu Ahmad

Sejak minggu lepas, satu minggu yang penuh cabaran. Apa kan tidak semua sekali ahli keluarga dilanda demam. Saya adalah ahli terakhir yang tumbang. Minggu sudah juga saya bertarung dengan tugasan. Hanya satu hari saya bagi pelepasan kepada diri, kerana sudah tidak boleh bangun. Empat beranak tumbang dan menjadi pesakit sepenuh masa. Alahai tersenyum sendiri saya dibuatnya.

Dua minggu ini anak-anak sekejap ok, sekejap panas pada sebelah malam. Tetapi Arif dan Hakim sudah menampakkan potensi untuk kebah sepenuhnya. Hanya Aiman sahaja yang agak lama kali ini.

Ia bermula dengan en.suami yang membawa virus, kemudiannya berjangkit kepada Hakim, Arif dan Aiman. Saya adalah terakhir. Hari ini barulah saya rasa ada tenaga. Pun begitu tiada alasan untuk saya menyiapkan tugasan. Esok saya akan ke Shah Alam untuk menyiapkan sentuhan akhir suntingan. Manuskrip penuh sudah ada di tangan, hanya dua hari saya untuk saya pulun membuar pruf akhir.

Selasa akan ke Batu Caves menemui editor untuk projek seterusnya. Patutnya sudah mula pergambaran, tetapi ada sedikit lagi perubahan. Suka atau tidak saya perlu meninggalkan sekejap anak-anak. Dalam hati semoga esok, anak-anak sudah ceria dan kembali sihat seperti biasa. Saya, tidak boleh bertangguh-tangguh, perlu mengikut segala perancangan yang telah dijadualkan. Insya-Allah

2 comments:

maya amir said...

mmg musim demam laa ye..take extra care ok..

Masayu Ahmad said...

maya

terima kasih, sudah makin ok

memang pun musim demam sekarang ini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin