Wednesday, April 28, 2010

Sembang santai petang Khamis

Teks: Masayu Ahmad

Sejak demam beberapa minggu sudah, sudah sebulan saya gantung kuali. Sebu badan bercampur-campur dengan badan yang sihat tidak sihat, kebah tidak kebah. Inilah rasanya paling lama saya merasai suhu badan yang tidak konsisten.

Mungkin juga sebab urat sudah banyak putus. Sesekali untuk menyegarkan badan saya mengambil serai wangi dan pandai, mandi air rebusan untuk segarkan badan. Makan juga sudah tidak ada selera, makan apa yang ada sahaja. Hanya dua hari ini sudah dua hari saya mencari nasi kerabu.

Sungguh kasihan melihat en.suami selepas pulang dari kerja memasak nasi dan berjaya juga menyiapkan ikan masak kicap untuk santapan tiga kanak-kanak riang. Saya hanya terbungkam dan makan juga tidak ada selera. Seminggu juga saya mengambil cuti rehat tanpa melihat apa-apa kerja. Sebenarnya masiha ada komitmen yang belum selesai. Namanya kerja, maka tidak akan selesai. Mahu atau tidak saya hanya menjeling-jeling manja sahaja tugasan yang menyahut-nyahut agar saya segera siapkan.

Rentak baru

Hari ini bangun pagi, perasaan lebih segar. Berpagi-pagi saya menyediakan sarapan yang dibeli nasi kerabu dan roti canai. Maka semalam dan hari ini kembali rutin yang sama, alhamdulillah en.suami kenyang sebelum ke tempat kerja. Jika tidak dia sendiri yang menjerang air. Sungguh rasa terharu juga apabila sesekali kita tidak mampu melakukan tugas sebagaimana biasa.

Saya memulakan jadual padat sepanjang minggu bermula hujung April dan sepanjang Mei 2010. Insya-Allah akan mneyusul judul seterusnya dari air tangan saya. Segalanya saya persembahkan untuk pembaca budiman agar ilmu ini mampu dikongsi dan dimanfaatkan untuk lebih ramai orang.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin