Teks: Masayu Ahmad
Setiap kali mahu pergi sekolah saya sukakan suasana kabus waktu pagi yang gelap. Sekitar jam enam hingga tujuh pagi jalanraya masih gelap. Siapa yang sampai awal sangat seronok kerana lampu masih terpasang. Bangun awal dan datang awal adalah menjadi rebutan dan satu keseronokan.
Saya gemar waktu pagi membelah gelap pagi berkabus. Berjalan kaki beriringan dengan kakak atau kawan-kawan yang lain. Setiap pagi hanya berjalan kaki sahaja.
Ada satu kedai menjual nasi berlauk yang sangat kami suka. Saya lupa nama kedai tersebut, nasi berlauk kuah gulai dan ayam goreng sangat sedap. Bungkus dan dijadikan makanan kegemaran setiap kali menjelang masa rehat.
Apabila tiba masa pulang, kami bertiga Hasni, Sayani dan saya akan singgah di kedai tersebut membeli keropok lekor. Dahulu keropok lekor hanya 10 sen dan sangat besar. Murah, sedap dan kenyang. Di makan bersama air sirap merah sejuk, juga harganya 10 sen. Ketika darjah 1 hingga darjah tiga emak memberikan wang saku 30 sen hingga 50 sen. Tetapi ketika darjah enam wang saku saya 50 sen dan ke atas.
Kadangkala emak buat nasi bekal. Kertas suratkhabar dilipat empat segi dan dilapik plastik. Sangat sedap makan masakan emak yang dibungkus begitu. Kadangkala ada juga nasi goreng atau bihun goreng yang dijadikan bekal.
Ada satu acara istimewa, saya rasa kebanyakan pelajar sekolah mungkin kalian juga merasainya. Setipa kali habis penggal sekolah ada satu hari terakhir. Kami panggil hari ‘berkelah’. Iaitu setiap pelajar boleh membawa apa sahaja hidangan istimewa pada hari terakhir untuk ‘berkelah’. Berkelah di sini adalah hari bebas dan sangat istimewa, selalunya makanan yang selalu dibawa pelajar ialah air oren botol yang ada gambar limau pada label botol dan juga magi. Dua makanan ini adalah antara makanan wajib yang dibawa pelajar.
Ada juga yang membawa makanan istimewa lain seperti bihun dan agar-agar merah. Agar-agar merah dikenali sebagai ‘belda’. Sangat seronok juga, makanan yang disimpan di dalam ruang bawah meja, ruang yang tidak tertutup tetapi selalunya tempat menyimpan buku. Makan beramai-ramai dan ada juga bertukar makanan.
4 comments:
citer masayu sama jer ngan k.yati .. nostalgia nasi belauk n air oren masa jamuan perpisahan sekolah ..mmg berebut2 nk bwk air oren tuh masa jamuan sekolah ..nasi belauk bekkok ngan kuah ..sedappppp ;) ..
kak yatie
itulah, nasi berlauk pula banyak versi sebab banyak gerai yang jual
ada versi kuning, versi kari ikan tongkol kuah melimpah, versi kuah gulai ayam goreng,
semuanya sedap dan enak dan hingga kini masih teringat-ingat
Salam masayu
Salam kenal dari saya..dah follow ye..
byak panduan dpt kat sini..
Saya pun terkenang2 zaman dulu pegi sek.20 sen pun dah kenyang.. skrg rm2 balik lapar la jawapnye
Jamuan sekolah juga nostalgia kenangan silam yg amat indah untuk dikenang..
salam pekenalan kembali NJ
semoga apa yang tercatat memberi manfaat bersama
ya, kenangan lama adalah kenangan paling indah yang perlu ada bagi setiap orang ;D
Post a Comment