Sumber foto: Face book
Tidak mampu untuk saya mengambarkan perasaan dengan kata-kata, melainkan perasaan sebak apabila melihat keadaan dua beradik ini. Si kecil lebih kurang usia anak saya Aiman yang besar mungkin juga sebaya Hakim. Sebagai seorang ibu, sudah tentunya rasa hiba hadir dalam diri mengenangkan dua beradik ini. Saya tidak tahu siapa asal usul dua beradik ini, tetapi ia terpampang di dada face book. Jika tuan empunya gambar ini, sudi lah kiranya menjejaki dua beradik ini dan hubungi segera rumah kebajikan. Sudah tentu ada ruang untuk kita melindungi mereka berdua.
Saya rasa jika kalian membawa catatan dan melihat blog ini, agar boleh kita panjangkan hal ini. Mungkin juga boleh membantu sekadar termampu. Mungkin juga dua beradik ini sedang teraniaya, atau apa sahaja kemungkinan. Hanya kepada Allah juga sandaran agar melindungi dua beradik ini dalam kedaifan dan serba kekurangan. Amin, amin, amin.
12 comments:
sedihnya...adakah mereka ini menjadi mangsa orang tak bertanggungjawab yang mempergunakan mereka and jika betul mereka macam ni memang kasihan ras anak nangis pun ada .Lindungilah mereka amin.
nampak macam painting yang penuh makna dan perasaan.
Hati tersentuh melihat si abang memangku si adik..tak terbendung air mata... Semoga Allah melindunginya dari segala bahaya...Moga ada terbuka yg terbuka hati dikala melihat anak ini dijalanan agar dibawa ke rumah kebajikan...amin
tifa
salam perkenalan, itulah kan kasihan sungguh dua beradi ini
cik li
pelukan dua beradik itu lagi bermakna
mommy
mudah-mudahan doa ini dimakbulkan
sungguh ramai kanak-kanak yang bernasib begitu, di luar upaya kita hanya doa sahaja usaha yang ada
alamak.. saya pun sedih, bayangkan kalau ini anak kita..
Lindungilah mereka ya Allah jika mereka dalam kesusahan..
sedihnya.... kita doa ramai2 semoga dua-beradik ini dilindungiNya. Amin.. Moga doa kita semua diterima.
cik mas, nice blog. rasa mcm terjumpa berlian di tgh jalan. sangat berharga & bernilai. ;-)
Salam, drop by from blog hanz,
Sangat tersentuh tgk gambar 2 beradik ni, smoga mereka di bawah lindunganNYA.
Saya datang dari blog Hanz. Ada tuan punya gambar bagitau ni kat mana? Msia ke Indon ke? tapi mmg touching.. sangat touching.
nadnye
sama-sama kita doakan agar mereka terlindung dalam apa sahaja kemungkinan bahaya
nelcyndana
ya doakan yang terbaik buat anak kecil ini, terima kasih meninggalkan jejak salam perkenalan dari saya
fiza
itulah kan naluri ibu, memang menyentuh perasaan
AA
tidak tahu status gambar ini dari mana, hanya gambar sahaja
apapun kita doakan sahaja agar mereka selamat
salam ziarah.
memang sedih tgk gambar ni, besarnya tanggungjawab si abang tu.. tak mampu nak fikir bagaimana keadaan mereka. Ya Allah lindungilah mereka..
di malaysia ke ni
kdg2 byk kes sindikit pengemis ni..
btw, jika dpt dijejaki & dibantu.. alangkah baiknya.. malang sungguh anak2 ini terbiar gini... bersyukur anak2 yg masih ada ibu ayah...
Post a Comment