Nukilan: Masayu Ahmad
Ligat bilah kipas berpusing dengan kelajuan aras empat. Berpusing-pusing laju. Hawa panas menyerubung bilik. Udara keras tidak berpusing sekadarnya. Udara bertembung tiada aliran yang melegakan.
Tiga pejuang kecil sebagaimana biasa mahu sahaja menumpaskan semangat juang ibu. Ibu bertarung menyiapkan komitmen yang dipadu. Harus akur kadangkala dengan suasana panas, sesekali bangun melayan kerenah pejuang kecil.
Pejuang kecil faham, ibu sengaja tidak mengendahkan layanan. Akal berfikir mahu juga melunturkan semangat ibu. Agar ditinggalkan meja hitam, lupakan sebentar ketukan yang bertali arus.
Pejuang kecil tidak mahu ibu hanyut dengan kesibukan. Pejuang kecil mahu layanan istimewa. Makan bersuap, bermain dilayan, pakai diurus, mandi dicucurkan. Tidak mahu jika tidak diendah.
Sesekali kedengaran teriakan. Pejuang utama suka mengusik-ngusik. Tangisan bertali arus. Sebentar kemudian di sambung gelak ketawa. Masih tidak berjaya melumpuhkan tumpuan ibu.
“Ibu, sudah! Kami mahu susu!”
“Ibu Iman yak!”
“Ibu Alim nak air!”
“Ibu baju Hakim mana?”
“Ibu, ibu, ibu!”
“Sudah. Kami mahu ibu!”
Ibu tewas.
No comments:
Post a Comment