Pic: Google
Hujung minggu begini selain merai aktiviti bersama keluarga, bawa anak-anak keluar mengambil angin luar. Panas sekarang ini, terasa pula mahu basahkan dahaga dengan cendul pulut. Keluar sebentar membeli barang keperluan, kami singgah dan lepak sebentar warung lori bergerak. Dua cendol pulut dan sepinggan rojak atau pasembor.
Memang sedap dimakan di bawah teduhan pokok menghijau. Angin juga sangat berbahasa, sepoi-sepoi menampar muka. Sungguh nyaman, Hakim dan Arif begitu teruja. Sangat syukur semuanya sudah kembali aktif. Aiman juga suka akan cendol.
Petang ini mahu ke taman lagi mengeluarkan peluh yang sudah lama terperap bersama toksin di dalam badan. Pagi tadi saya sudah masakkan nasi berlauk ikan tongkol, jadi makan pagi sudah berat hingga ke petang nampaknya.
Selamat berhujung minggu buat pengunjung setia blog ini. Ada ke yang setia?
http://www.masayuahmad.com/
2 comments:
Salam kak mas...
saya pengunjung baru blog kak mas. saya baru nak mula persiapan untuk jadi WAHM. saya akan jadikan blog kak mas sebagai pendorong.
semoga impian saya akan jadi kenyataan. Insya allah...
salam Umi Aliya
salam perkenalan juga,
ya, datanglah selalu, semoga impian Aliya akan menjadi kenyataan, lebih ramai suri yang memilih untuk kembali berada di rumah, alhamdulillah
semoga blog ini bermanfaat seadanya ;D
Post a Comment