Teks: Masayu Ahmad
Kebebasan dalam erti kata sebenar ialah apabila anda mampu membuat pilihan dan keputusan itulah yang menjadi keutamaan dalam kehidupan. Terdapat beberapa peringkat pilihan dalam kehidupan wanita. Ini selaras dengan perkembangan usia, kehendak, kewangan dan gaya hidup.
Alam remaja
Pilihan bermula ketika alam remaja dan banyak dipengaruhi persekitaran, rakan sebaya, keluarga dan pendorong utama iaitu guru-guru di sekolah. Ini adalah peringkat sangat penting untuk anda mencorak masa hadapan. Tidak semestinya pelajar yang dinobatkan terbaik adalah ukuran sebenar mereka yang akan berjaya. Manakal yang mendapat nombor corot akan kekal corot dalam kehidupan.
Kadangkala saya melihatkan beberapa teman yang biasa-biasa sahaja pada zaman persekolahan sangat berjaya apabila berada di alam dewasa. Apa yang penting apabila seseorang berupaya mencabar diri dan hidup dalam kelangsungan kehidupan. Maksudnya kalau di lempar ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit.
Dewasa
Apabila menginjak dewasa kita mula mencari teman terbaik agar kehidupan juga lebih baik apabila bekahwin kelak. Siapa yang tidak mahu kesenangan, tetapi mencari keseserasian pasangan dalam kehidupan dan mencorak kehidupan keluarga untuk di sini dan di sana agar seimbang adalah perkara penting yang perlu diambil kira.
Pencen
Apa matlamat anda apabil usia sudah berada puncak emas. Adakah perlu tunggu selepas pencen, barulah ingin berada dalam keadaan tidak mahu lagi beli belah sakan, mengubah tabiat yang lebih positif. Selalunya saya sukakan kehidupan warga emas di kampung. Hidup sederhana dan sekeliling persekitaran yang mendamaikan. Tidak ada hiruk pikuk kota, tiada berlumba siapa mahu gaya, tiada membanding kereta lebih besar, rumah lebih gah, anak siapa paling berjaya.
Persediaan
Dalam minggu sungguh banyak berita kematian. Apabila difikirkan sangat takut sekali, jika tidak sempat bertaubat. Juga takut sudah bertaubat, taubat masih belum diterima. Hidup serba sederhana mengikut manual yang sudah dibekalkan pencipta adalah jalan paling selamat.
Apabila kita sudah terpedaya dengan kemahuan dan kehendak tanpa batas, boleh kembali semula kepada manual iaitu Al-quran. Ingatan ini adalah untuk diri saya sendiri. Belum cukup amalan jika saya dipanggil bila-bila masa.
Mohon maaf zahir dan batin selama kita berkenalan di alam maya mahupun alam nyata.
Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
1 comment:
setuju dengan Mas, cemerlang akademik bukan pengukur cemerlang dalam hidup apatah lagi utk cemerlang di akhirat....
ilmu bukan utk exam tapi ilmu uk kehidupan dunia dan akhirat
Post a Comment