Sunday, April 4, 2010

Hari penuh semangat

Teks: Masayu Ahmad


Hari ini permulaan hari yang indah, tidak mahu dimulakan perasaan sedih, kecewa dan putus asa. Tetapi sama-sama kita isi perasaan semangat untuk memenuhkan hari dengan pekerjaan yang berfaedah. Mahu melangsaikan beberapa perkara yang sudah diletakkan komitmen untuk menyelesaikannya.

Semalam hari Ahad, saya peruntukkan masa khusus untuk anak-anak. Pun begitu di dalam beg, sentiasa membawa dua buah buku dan satu buku catatan. Sangat perlu agar saya tidak membuang masa begitu sahaja. Buku ini adalah sebagai cara saya menyudahkan kerja walau di mana sahaja berada.

Semalam kami menjumpai satu lokasi riadah yang baru iaitu Taman Tasik Ampang Hilir. Jika sebelum ini saya suka membawa anak-anak ke Taman Pandan Indah, tetapi sudah bosan kerana hampir hujung minggu ke sana. Semalam saya mencadangkan suami pergi ke Taman Tasik Titiwangsa.

Jadi dalam perjalanan melalui laluan MRR2, kami terpandang tasik dan lokasi permainan yang masih baru. Rupanya Tasik Ampang Hilir sudah dibuka kepada pengunjung. Seronok dan teruja kerana persekitaran menghijau, tempat bermain kanak-anak ada tiga lokasi, tempat trek berlari-lari, juga surau yang mempunyai landskap hijau yang cantik. Saya jarang menemui tempat ibadah secantik ini. Di dalamnya di tanam pokok-pokok yang menghidupkan suasana tenang semasa beribadah.

Anak-anak sangat seronok dan saya sudah tentu lebih suka, jika tidak terkurung sahaja di rumah. Melepaskan perasaan dengan menikmati panorama menghijau mampu memberikan perasaan lapang dada.

5 comments:

Unknown said...

salam mas. membaca coretan mas ni buat kakchik ingin sama ke taman itu. banyak perkara yang menyebabkan kakchik cukup sayang dan tidak mahu meninggalkan negeri ini cuma satu yang kurang, taman-taman rekreasi tidak banyak. kakchik ada buat cadangan kpd kerajaan negeri pasal taman ni, insyaallah mereka akan usahakan.

Masayu Ahmad said...

salam kak chik

betullah kak chik, saya rasa Kelantan tidak ada teman reakriasi sebegini,

apabila pulang ke kampung hanya pilihan bawa anak-anak ke pantai sahaja

Sangat bagus cadangan dan usaha itu, semoga Kelantan lebih banyak taman rekriasi yang menarik dan kemudahan ibadat yang bersih

Ely Hasrul said...

mas,

besh tak tasik nih.. ade entrance from kg. pandan ek? i tgh nk carik spot untuk susu ibu support gripu gathering.. nak propose kat organizer tapi xpenah g sini pon.. hehe..

Unknown said...

try lah pegi

rasa sangat sesuai sebab ada tiga lokasi permainan kanak-kanak, tempat solat pun selesa

Anonymous said...

owh...kitorang pon tgh rajin2 pusing taman metropolitan...hihihi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin