Saya menerima email dan juga bertanya secara langsung di blog ini bagaimana mahu bekerja dari rumah. Bagaimana cara, bagaimana mahu mula. Dua soalan di bawah ini juga adalah pertanyaan ikhlas dua orang wanita yang mahu kembali ke rumah dan mengurus rumah tangga. Mari terokasi satu persatu masalah yang dikemukakan.
alicesona19 said...
Mungkin kalau suami berpendapatan tinggi ok kot. Kalau gaji kita yang lebih tinggi dari dia bagaiman mahu berhenti. Ditambah hutang-piutang keliling pinggang rasanya impian nak tinggal di rumah macam ayu masih jauh lagi untuk saya. Mungkin apabila hutang-hutang dah berjaya dibasmi bolehlah nak berhenti kerja. Balik kampung tanam jagung makan kangkung….;D
nzms said...Ulasan: Saya buka dahulu kepada sesiapa sahaja yang ingin melontarkan idea dan buah fikiran untuk membantu dua orang suri ini. Nanti saya ulas untuk selanjutnya ya. Mari sama-sama berkongsi pandangan.
Saya baru pertama kali singgah di blog Ayu. Macam aashaku juga, rasa macam baca kisah sendiri. Saya baru tidak sampai lima tahu bekerja, tetapi dah banyak kali terfikir mahu berhenti sebab hendak uruskan anak-anak. Saya nak sangat bekerja sendiri dari rumah, tetapi saya tidak tahu macam mana nak bermula. Sekarang gaji saya lebih besar dari suami, hutang keliling pinggang. Saya kerja kerajaan, jadi kalau nak berhenti perlu fakir panjang. Harap ayu boleh bagi idea bagaimana mahu bermula kerja dari rumah.
3 comments:
Setiap apa yang kita hendak lakukan... tidak kira bekerja di rumah atau berhenti terus dari kerja hanya utk menguruskan anak2 sendiri di rumah perlu pada perancangan
Listkan beberapa faktor yang perlu diambilkira.
1. Hutang - perlu sgt utk menguruskan hutang dengan sebaiknya... andai kata kita tidak berhenti kerja, mungkin hutang tak habis jugak. Bagus jika ada plan tuk berhenti kerja dlm masa 2 tahun dan hutang habis dlm jangka masa itu :D peace of mine
2. Minat - apa shj yg dilakukan mesti dengan minat pasti berhasil ditambah sedikit usaha. Perlu utk kenalpasti dan mulakan dari kecilan
Mungkin ada byk lagi yg hendak dikupas oleh Mas
salam,
mungkin saya boleh berkongsi pengalaman sedikit... saya juga mengalami dilemma yang sama sebelum membuat keputusan berhenti kerja dari makan gaji dengan kerajaan. Duit & financial stability sentiasa menjadi isu. Cara mengatasi : persediaan dan perancangan. Secara ringkas, pastikan sebelum resign kita ada rizab kecemasan cukup utk family expenses selama 12 bulan. Dah cukup, cuba dulu (kalau boleh) ambil cuti tanpa gaji selama setahun sebagai tempoh percubaan. Dalam tempoh tersebut, usaha sungguh2 bagi menjayakan biz. Dalamasa yg sama usaha kurangkan perbelanjaan seperti makan di rumah, pakai cloth diaper, bfeed anak2 dsb. Banyak lagi nal dikongsi, tapi cik masayu mesti ada lebih banyak buah fikiran. ;-)
terima kasih atas pandangan teman2. setelah beberapa hari mengunjungi blog naufal sayang ni, akhirnya semalam saya dapat idea untuk memulakan bisnes. berbekal doa, saya 'present' proposal saya pada suami. alhamdulillah suami dengan mudah bersetuju membantu. memang tak sangka sbb suami sebelum ni tak yakin saya boleh buat bisnes. tapi saya target 6 bulan lagi untuk 'launch' projek pertama saya sbb untuk projek ni saya takde kemahiran, cuma ada minat. so saya kena 'menuntut ilmu' dulu. saya target dalam masa setahun setengah lagi saya berjaya mencapai impian saya untuk bergelar WAHM. dan saya akan terus mengunjungi naufal sayang setiap hari sebagai pendorong supaya saya tak patah semangat. thanks a lot kak mas...
Post a Comment