Tesk: Masayu Ahmad
Bulan April bagi saya bulan yang penuh cabaran dan dugaan, namun bulan ini penuh dengan perjuangan dan nikmat atas rezeki yang diberikan.
Sungguh, apabila kita bersusah payah dan merasai setiap detik perjalanan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan tanpa peduli lagi apa yang berlaku di belakang, nikmatnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tiada jalan mudah dan pintas untuk berjaya. Pun begitu masih ramai yang tidak tahu bersyukur dan tidak dapat menggunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin.
Sepanjang minggu saya tidak sihat (minggu ke dua April) rasa nikmatnya seorang isteri yang dilayan begitu baik oleh seorang lelaki bernama suami. Saya sangat terharu, memandangkan siang dan malam bergilir menjaga anak-anak yang demam sepanjang minggu. Sekejap kebah, sekejap panas dan sekejap ok.
Sabtu dan Ahad saya berehat sepuas-puasnya. En. suami mengurus rumah tangga, membersih, mengemop dan menguruskan pakaian kotor. Saya tidak dapat gambarkan perasaan terharu, cuma saya berkali-kali mengucapkan terima kasih sambil bergurau.
Dalam seminggu juga melayan selera anak isteri yang kelat. Apabila tidak sihat, saya juga tidak ada daya mahu memasak. Jadi pilihan yang ada beli sahaja apa yang mahu makan. Buah mempelam, nenas, mangga muda sudah jadi stok buah-buahan. Makan dicicah bersama 'colek', pencicah yang sudah ada dalam stok. Itulah hidangan untuk nafsu makan yang sudah tidak ada. Anak-anak pula begitu juga, makan sedikit sahaja. Saya buatkan juga sup untuk anak-anak. Alhamdulillah semalam semuanya sudah semakin berselera makan.
Juga Che Ha, jiran sebelah rumah, sanggup menjaga Aiman yang masih tidak berapa sihat ketika saya ada tugasan untuk dua hari Isnin dan Selasa. Isnin saya membawa bersama Hakim dan Arif, manakala Selasa semuanya kena tinggal.
Alhamdulillah saya masih bertenaga menyempurnakan komitmen dan janji untuk sesi perbincangan singkat bersama editor. Empat sesi pergambaran akan bermula, saya masih menyusun jadual seterusnya. Dua tugasan penting juga dalam mood marathon yang baru. Allah datangkan saya ujian dalam bentuk kesihatan dan pada masa yang saya mencurah rezeki dan kasih sayang en.suami.
Saya mempunyai kekuatan luar biasa selepas melihat apa yang suami sanggup lakukan semata-mata demi ahli keluarga. En.suami bukan kategori lelaki romantik yang ala-ala moden kebanyakan remaja inginkan. Tetapi di sebalik caranya yang sederhana, satu aura bapa dan suami bertanggungjawab tiada lagi tandingan lelaki lain buat saya. Ini adalah anugerah dan rezeki Allah memberi pendamping terbaik buat saya.
Saya rasa, saya sungguh banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa.
Kesihatan saya hari ini beransur bertenaga, saya mula memasuki aura semangat baru. Menyelesaikan apa yang sudah dirancang. Saya ada berbaki lapan bulan lagi sebelum menutup tirai 2010. Ya Allah permudahkan segalanya, permudahkanlah, berikanlah kesihatan yang baik. Juga saya menyusun jari memohon maaf jika ada kesalahan, salah faham dan kekurangan dari saya. Saya teruk itu adalah daripada saya sendiri yang serba kekurangan, hanya yang hebat datang dari Allah jua. Mohon maaf jika ada terlanjur biaca dan berkata-kata.
Marilah kita mulakan perjuangann baru tika dan saat ini. Perjuangan yang belum selesai dan tidak akan selesai. Moga ada kesudahan yang baik dalam setiap nadi dan gerak langkah.
Salam penuh kasih sayang.
http://www.masayuahmad.com/
1 comment:
semoga akak semakin
bersemangat..
kuatkan iltizam dan
tetapkan matlamat..
:)
Post a Comment