Wednesday, April 7, 2010

Tip wanita super, kuasai teknik agihan tugas

Teks: Masayu Ahmad


Salam pagi Khamis bersamaan 8 April 2010, sudah memasuki suku ke 2 untuk tahun ini. Alhamdulillah saya masih diberi ruang dan nikmat sebagai isteri, wanita, ibu, anak dan ahli masyarakat.

Untuk bulan ini saya masih ada tiga tugasan yang perlu diselesaikan. Satu perlu disiapkan minggu ini, sangat menarik ianya adalah satu 'perkara' yang perlu dimiliki oleh setiap wanita. Jika sudah 90 peratus selesai baru saya umumkannya.

Juga saya sedang membuat kajian dan penyelidikan tentang pengurusan masa. Lebih banya panduan mengurus masa khusus untuk surirumah, wanita bekerja di rumah dan wanita yang bekerja di luar rumah.. Tiga kategori ini mempunyai peranan yang sama tetapi rutin harian yang berbeza. Agihan dan senarai keutamaan yang perlu diselesaikan setiap hari tidak sama untuk wanita.

Suri rumah super

Suri rumah tidak sekadar hanya berada di rumah, lepak, berehat dan menonton tv. Jika pandai menggunakan masa, sangat banyak aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan. Bukan sekadar menunggu anak pulang sekolah dan menyediakan hidangan malam. Suri rumah juga perlu keluar dari kepompong rutin yang sama. Juga memerlukan catatan senarai kerja harian untuk urus masa 24 jam.

Wanita bekerja di rumah

Sangat berbeza untuk wanita yang mengurus rumahtangga dan pada masa yang sama bekerja. Dua tuntutan ini perlu dinyatakan dengan jelas dalam matlamat karier dan keluarga setiap awal tahun. Kenapa? Agar anda tahu apa matlamat akhir tahun.

Saya sendiri dalam proses pencarian maklumat dan mempraktikkan apa yang dibaca. Kemudiannya mencari pendekatan terbaik. Pilihan saya sekarang sama ada mempunyai pembantu atau menghantar anak-anak separuh hari ke tadika.

Saya sudah mencari beberapa buah tadika yang sesuai untuk kanak-kanak riang iaitu Hakim dan Arif. Dengan kadar masa yang lebih fleksibel. Masih berkira-kira membuat jadual baru untuk anak-anak. Menjelang April dan bulan-bulan seterusnya komitmen kerja dan jadual semakin padat. Jadi sama ada saya memerlukan kembali pembantu rumah atau menghantar anak-anak ke tadika, saya akan putuskan selepas beberapa pertimbangan.

Agihan tugas

Bagi wanita bekerja di rumah perlu memastikan senarai keutamaan yang perlu diselesaikan sebelum membuat kerja-kerja yang lain. Tidak mudah dan tidak semestinya setiap orang mempunyai keupayaan 'super' untuk melaksanakan semua tugas dengan sempurna.

Jadi sangat penting mencari siapa atau apa pendekatan yang sesuai untuk meringankan bebanan tugasan harian yang terlalu banyak. Anda hanya perlu fokus kepada senarai utama untuk keperluan produktiviti harian, mingguan dan tahunan.

4 comments:

Ely Hasrul said...

SBNRNYE TO DO LIST/PLAN TUGAS HARIAN DH TERTULIS SIAP INGAT KAT KEPALA.. TAPI NK BUANG TABIAT MALAS YG DH SEBATI NIH MMG LAH SUSAH. BILA SAMPAI RUMAH, DAN2 TU TERUS BARING DPN TV DAN BERGULING2 DGN SAMI.. RUMAH YG BERSEPAH ITU SEBELAH MATA PON TAK DIPANDANG.. ADUSHHH BENCI LAH PENYAKIT MALAS. ALASAN SETIAP HARI.. PENAT :p

Ely Hasrul said...

mas.. tlg war2kan ya

tengkiu..

http://packmelove.blogspot.com/2010/04/give-back-tutorial-i-100-idea-bisnes.html

ramai yg bertanya mcm mana sy buat packmelove. tgh plan/draf mcm mana saya bermula..

xoxo

Wan Anie said...

memang sentiasa menjadi masalah setiap wanita yang bekerja di rumah terutamanya, pembahagian masa dan konsistensi dengan jadual....

saya selalu berbincang dengan suami mencari jalan yg terbaik utk kami samada nak hantar anak ke nursery tapi bukan setiap hari (ni yg susah sket) atau mencari pembantu rumah harian (InsyaAllah jika ada)

Masayu Ahmad said...

ely

saya pun kadang-kadang ada harinya juga penyakit 'M"

Wan

saya juga sedang berkira-kira mengambil semula pembantu rumah,

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin