Monday, April 12, 2010

Ibu pergi mana? Jangan tinggalkan Arif.

Kejadian berlaku sekitar lima minit berlaku pada Ahad yang lepas. Semalam semasa tidur Arif mengadu kepada saya kisah pahit baginya.


Alim nangis. Alim pegi ane pegi ini, ibu adok. Ibu gi ane, ibu ingal Alim. Alim egi ane Alim egi sini, Alim nangis lagi.

Kisah selepas diterjemah:

Ibu pergi mana. Arif lari sana, Arif lari sini, ibu tak ada. Arif nangis. Ibu dah tinggal Arif seorang diri. Ibu pergi mana?

Kisahnya begini. Pada petang Ahad ada urusan di Masjid Al-Gufran, kami berada di ruang legar bahagian depan masjid. Selesai Asar, kanak—kanak riang sangat gembira kerana dapat berlari tanpa batasan di ruang legar masjid yang selesa. Selepas penat berlari mereka kembali mencari ibu yang menanti pada bahagian serambi depan masjid.

Ketika itu menungu adik lelaki. Selesai urusan kami berpecah mahu pulang, ada dua lokasi memarkir kereta. Arif dan Hakim mahu mengikut Pak Ngah mereka. Saya dan suami bersama Aiman turun ke tingkat bawah untuk ke tempat parkir kereta satu lagi.
Selepas sampai di parkir kereta, adik datang bersama Hakim. Si ayah bertanya mana Arif. Hanya Hakim sahaja di dalam kereta. Rupanya ketika mengikut Pak Ngah, Arif membuat keputusan berpusing balik untuk mencari saya dan suami. Masa berlaku lebih kurang lima minit hingga l0 minit.

Adik dan en. Suami bersegera naik ke atas mencari Arif. Seorang kanak-kanak sedang melakukan saei (seolah-olah dari Safa ke Marwah), lari ke sana lari ke sini sambil bercucuran air mata. Mulutnya tanpa henti.

“Ibu mana?” lari ke kanan.

“Ibu mana?” lari ke kiri. Begitulah keadaannya, ditemani oleh seorang remaja yang mengawasinya.

Air mata Arif bercucuran, nampak kelibat si ayah, terus bertanya lagi. “Ibu mana?”

Kasihan anak ibu, nasib baik selamat. Hanya kerana leka dan salah faham sahaja. Tiada siapa yang salah hanya perlu lebih peka di lain masa.

Malam tadi, Arif terus mengulang-ngulang cerita, peristiwa pahit baginya.

“Ibu tak ada, alim lari ane, lari ini.” Itulah ayatnya meluah perasaan agar ibu jangan sesekali tinggalkan Arif lagi.

3 comments:

Pija Madzlan said...

Tak berani nak bawa anak ke sana sini tu, ini juga antara sebabnya...tak tenang takut diorang hilang

Masayu Ahmad said...

Siti

Arif selalunya memang melekat dengan saya, lokasi masjid itu pula tidaklah luas sangat, kawasan yang selamat.

Tetapi sepantas kilat juga saya menekan pedal kereta terus ke tempat Arif ;D

Hida Naza said...

kesiannya Arif..agak2 dia ingat sampai besar nanti kot. memori masa kecil.

tak apa, mesti lepas ni dia juga lebih peka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin