Thursday, April 22, 2010

Membina semangat baru suri rumah hebat

Teks: Masayu Ahmad


Mulakan hari dengan ceria

Malam hari tidur awal dan bangun awal. Katakanlah sepanjang minggu anda bersengkang mata tidur paling awal jam 12 malam. Untuk Sabtu dan Ahad, buat rutin tidur awal dan bangun awal. Mulakan dengan beriadah dan bersarapan dengan keluarga.

Biasakan bersihkan rumah sebelum tidur

Ambil masa setengah jam menyapu, mengemas rumah, mengemas dapur. Apabila anda bangun dan dapati suasana rumah kemas, rasa tenaga baru akan hadir dalam diri. Rasa sangat puas hati anda tidak perlu bangun pagi dan rumah berselerak.

Buat satu persatu

Tarik nafas dan mula buat senarai satu persatu. Mulakan dengan perkara yang anda rasa sangat berat untuk dilakukan. Mulakan dengan mengurus pakaian, melipat, mengosok dan menyimpan. Mengemop lantai, membasuh bilik air.

Agihkan tugas

Agihkan tugas mengikut hari penting. Katakanlah anda anda mengemop lantai setiap selasa, khamis, sabtu dan Isnin. Menggosok pakaian pada hari Jumaat dan Rabu.


Kreatif dalam urus rumah tangga.

Anda sangt jemu dan menyatakan malas sungguh membasuh bilk air. Ada tiga bilik air untuk anda pastikan setiasa bersih. Jadikan mandi waktu pagi di bilik air utama, mandi tengahari di bilik air ke dua dan mandi malam di bilik air ke tiga. Ke tiganya kekal bersih anda mengambil masa dua minit ketika mandi sambil membersihkan daki kotor bilik air.

Satu bilik untuk tempatkan pakaian yang diurus

Ada ketika terutama bagi mereka yang bekerja dari rumah. Sediakan tiga kotak atau raga yang berasingan, atau tempat mengantung pakaian yang ingin digosok. Letak dalam satu bilik khas. Jadi rumah anda sentiasa lapang kerana tiada pandangan pakaian kotor atau bersih yang tidak diurus.

Jadual urus rumahtangga

Perlu ke jadual? Sedangakan tidak perlu kerana boleh buat mengikut dalam fikiran sahaja. Ya, sangat perlu. Jadikan kebiasaan membuat jadual tugasan mengikut jam. Senaraikan tugasan harian pada malam hari. Kemuadian anda tandakan apabila selesai. Anda akan merasakan satu perasaan seronok apabilan semua senarai selesai anda buat dan tanda. Jadi malam tersebut anda boleh rehat awal sebagai hadiah kepada diri sendiri.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin