Teks & Olahan: Masayu Ahmad
Berikut adalah dua pandangan daripada dua sahabat kita. Mari kita analisis sama-sama apa persediaan asas sebelum bermula sebagai isteri atau wanita bekerja dari rumah.
Wan Anie- http://www.comellote.com/
Setiap apa yang kita hendak lakukan tidak kira bekerja di rumah atau berhenti terus dari kerja hanya untuk menguruskan anak-anak sendiri di rumah perlu pada perancangan
Senaraikan beberapa faktor yang perlu diambilkira.
1. Hutang
Sanget perlu untuk menguruskan hutang sebaiknya. Andai kata kita berhenti kerja, mungkin hutang tidak akan habis juga. Sangat bagus jika ada perancangan untuk berhenti kerja dalam masa dua tahun dan hutang habis dalam jangka masa tersebut.
2. Minat
Apa sahaja yang perlu dilakukan mesti dengan minat pasti berhasil dan perlu ditambah dengan usaha. Kenalpasti dan mulakan dari kecilan.
nelcyndana -http://mylovelyprogeny.blogspot.com/
Salam,
Mungkin saya boleh berkongsi sedikit pengalaman sendiri. Saya juga mengalama dilema yang sama sebelum membuat keputusan berhenti kerja dari makan gaji dengan kerajaan.
Kewangan adalah isu utama. Cara mengatasi perlu ada persediaan dan perancangan. Secara ringkas sebelum menghantar notis berhenti kerja perlu ada rizab kecemasan yang cukup untuk keluarga sekurang-kurangnya 12 bulan. Sudah cukup, kalau boleh ambil cuti tanpa gaji selama setahun sebagai tempoh percubaan. Dalam tempoh tersebut, usaha sungguh-sungguh bagi menjayakan bisnes. Dalam masa yang sama usaha kurangkan perbelanjaan seperti makan di rumah, pakai lampin kain, menyusu penuh anak-anak
Ulasan,
Berikut adalah langkah demi langkah
1. Persediaan kewangan- buat penyelarasan semula perbelanjaan, sumber pendapatan, hutang piutang. Adakan tabung rizab perbelanjaan selepas berhenti kerja sekurang-kurangnya 24 bulan atau dua tahun. Ini memastikan anda stabil menerima pendapatan sendiri dalam tempoh tersebut.
2. Senarai seberapa banyak atau 10 jenis kerja atau bisnes yang akan dilakukan. Mula fokus kepada 1 hingga 3 sahaja dahulu.
3. Lakukan secara sambilan sebelum sepenuh masa. Jika suda ada pendapatan daripada pendapatan sambilan, boleh mula serius untuk dua tahun pertama selepas berhenti kerja.
4. Persediaan mental dan fizikal. Anda perlu bersedia dengan penuh jiwa raga, ambil peluang dan teruskan usaha sekiranya mahu berada di rumah dan kembali menguruskan anak-anak. Kejiranan, ahli keluarga dan persekitaran boleh memberi pengaruh positif dan negatif, jadi sangat perlu bersedia mental dan fizikal.
Nota; Siapa lagi suri mahu lontarkan pandangan, saya alu-alukan. Moga semakin ramai yang ingin memeriahkan rumah dengan status Pengurus Rumah Tangga Profesional. Salam sukses penuh kasih sayang.
6 comments:
Salam...saya mahu menambah sedikit. Apa yang paling penting adalah perbincangan & kesepakatan bersama pasangan suami/isteri. Sebab penyumbang terbesar dlm kewangan rumahtangga nanti setelah kita decide utk bekerja dr rumah/berhenti kerja adalah pasangan kita yang masih makan gaji bulan. Sebagai pasangan suami-isteri, perlulah dapat persetujuan dahulu...kalau tak....takut berantakan atau berlaku perselisihan pulak. just my 2 cents! tq
cik anon yang dihormati
Ya, persefahaman dan perbincangan awal antara suami isteri adalah salah satu persedian awal yang penting,
keranan 2 gaji akan jadi 1 gaji dan akan berlaku penyelarasan semula sumber pendapatan dan perbelanjaan isi rumah
terima kasih atas perkongsian
Nota: Kenapa sembunyi identiti cik anon, serlahkan diri anda, saya tentu suka ;D
salam perkenalan
Salam Puan Mas,
Saya termasuk dalam kategori berani mati tetapi saya tidak mahu gagal. Saya bersetuju dengan pendapat Puan Mas yang kita seharusnya melakukan sesuatu kerja secara sambilan dan kemudian sepenuh masa sebelum berhenti kerja. Saya sudah melakukan hampir semua yang Puan sarankan, namun dari segi hutang piutang saya masih terkandas. Tetapi saya percaya, bumi Allah ini terlalu banyak rezeki yang ditebarkan, cuma kita harus berusaha untuk mencarinya dan apa-apa sahaja yang terjadi kita perlu kembali kepadaNya. Sokongan suami juga penting untuk isteri bekerja di rumah. Banyak lagi sebenarnya yang saya ingin kongsikan...tetapi penat pula menaip. Baiklah Puan. Mungkin satu hari nanti kita boleh bertemu untuk bertukar-tukar fikiran,
salam Ann
Terima kasih atas perkongsian dan informasi,
Ann, lupa ke? kita pernah bertemu dalam satu sesi perbincangan editor di Galeri Ilmu, pada awal tahun ini, cuba ingat kembali ;D
Salam kenal.
Saya sukakan entri ini. mohon untuk berkongsi di blog saya. ramai rakan blog yg punya impian yang sama untuk menjadi WAHM .moga entri ni dpt menyuntik semangat semua :)
siti nor sarah aminuddin
salam perkenalan, silakan, saya benarkan hanya perlu letak sumber url sahaja ;) atau link blog ini
Post a Comment