Teks: Masayu Ahmad
Melangkah pertengahan usia, adalah pertarungan untuk perkembangan kerjaya dan keluarga. Setiap orang mempunyai kesibukan masing-masing. Namun kesibukan tersebut tidak membataskan kita untuk masih saling berhubung antara satu sama lain.
Banyak alasan yang diberikan untuk menyatakan bahawa ‘sibuk’ dan tidak ada masa. Namun dalam bentuk menjaga hubungan, menyatakan kesibukan dengan lebih berhemah adalah sangat baik.
Situasi 1
Aku sangat sibuk malam ini adalah makan malam bersama Perdana Menteri Amerika, esok mahu terbang ke London ada seminar.
Situasi 2
Aku sibuk, minggu depan ada seminar XYZ, nanti bersambung pula urusan di Jepun, kemudian dua bulan lagi terbang pula ke Australia.
Tidaklah sahabat terasa hati atay, rasa rendah diri apabila merasakan betapa mulianya hati kawan jika bernada dengan lebih berhemah ketika memberi alasan yang wajar.
Alasan hemah 1
Terima kasih. Memang lama mahu jumpa. Tapi itulah kan masing-masing sibuk. Ok nanti aku bagi tahu masa yang sesuai nanti.
Alasan hemah 2
Gembiranya jumpa kawan-kawan lama. Suka sangat. Nanti aku hubungi ya, apabila ada masa sesuai.
2 comments:
Ayat dalam situasi tu lebih kepada 'memberitahu'dengan nada bangga sebab dia nampak 'hebat'.
ida
itulah kadang-kadang, masa bercakap tidak perasaan 'keadaan' tersebut,
berbaik sangka lebih baik, dari andaian negatif,
Post a Comment