Teks: Masayu Ahmad
Salam hari Jumaat, hari penuh keberkatan. Sudah pertengahan April, saya seperti biasa bertarung dengan tugasan. Isnin 19 April perlu ke Shah Alam manakala Selasa 20 April sesi perbincangan di Batu Caves. Kedua-duanya penting dan itu adalah beberapa sesi sambungan selepas beberapa sesi yang lepas.
Insya-Allah sudah semakin menghampiri ke garisan untuk kod JRMDRPO manakala untuk RBPM sudah pun 95 peratus suntingan di pihak saya. Untuk kod MBPM juga baru selesai mengumpul bahan dan sesi pengambaran akan bermula penghujung April dan awal Mei.
Selepas itu saya akan bersambung dengan kod BRPP, BBPP, PMUWPO akan cuba diselesaikan Mei 2010. Melihatkan jadual saya ini berpeluh dahi juga. Insya-Allah saya akan bergerak secara bertahap dan saya cuba capai larian 100 km untuk tempoh masa 24 jam sehari. Saya perlu disiplin mengikut jadual kerja di pihak saya yang sudah saya rancang pertengahan 2009 dan penyelerasan semula 2010. Insya-Allah semoga diberi kesihatan yang baik untuk menyiapkan segala tugasan yang sudah diberi komitmen.
Untuk kod PBDRUWVE menghampiri jadual yang dijanjikan, manakala kod JRMDRPO selewat-lewatnya penghujung April atau awal Mei. Manakala untuk kod BSPP belum dimaklumkan dijadualkan bulan berapa.
Pertemuan Mei dan Jun
Jika tiada aral melintang akan ketemu rakan-rakan lama 30 Mei 2010, saya sendiri yang mengepalai program dan dibantu kawan-kawan yang sangat membantu. Alhamdulillah 'group' sekolah mula menerima kehadiran ramai rakan-rakan lama yang mahu menjejaki kembali silaturrahim. Jun juga adalah hari untuk keluarkan toksin, juga program hari keluarga rakan-rakan lama en.suami. Ini adalah aktiviti penting untuk saya merehatkan kepenatan minda sepanjang tahun.
No comments:
Post a Comment