Saturday, April 10, 2010

Urus masa, urus tenaga, urus semangat

 Teks: Masayu Ahmad

Bergelar suiri rumah memang tidak dapat lari dengan kesibukan harian yang tidak akan habis. Jika dilihat jadual bangun pagi hingga malam, kadangkala timbul rasa jemu dan bosan. Mengapa perlu jemu, sedangnya ia adalah rutin yang membahagiakan. Tetap bahagia dengan rutin yang sama. Ya ke boleh bahagia kalau setiap hari bergelumang dengan pinggan mangkun, kain baju dan kerenah anak-anak.

Suri akan jemu kerana menjadikan diri sendiri jemu dalam suasana sedemikian. Sangat banyak cara untuk tidak memudahkan diri jemu.

Bersarapan dan riadah diluar

Jika tinggal di Kuala Lumpur sangat banyak tempat menarik yang boleh dijadikan tempat riadah. Malam Jumaat istihar sebagai hari cuti memasak. Suri hanya mengemas rumah dan mengemas pakaian sahaja. Malam hari tidur awal dan dapatkan tenaga secukupnya.

Usai subuh, bawa semua sekali anak-anak keluar beriadah awal pagi. Jika ada anak-anak kecil bagaimana? Itu terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. Berada di taman hijau di pagi hari memang sangat menyeronokkan. Sesudah riadah, boleh pula singgah di mana-mana restoran atau kedai pilihan. Atau pun sudah bawa sarapan untuk bekal. Satu terapi yang menyeronokkan. Jika tidak percaya, cubalah.

Jumpa teman lama

Guna sepenuhnya kemudahan face book untuk menjejaki teman-teman lama. Cari satu hari yang lapang, minta cuti daripada suami hanya satu hari sahaja. Apabila dapat berjumpa teman-teman lama, bersembang dan mengenang kembali kisah-kisah lama adalah satu terapi yang sangat mujarab.

Akan keluar semula kisah sewaktu zaman remaja, itulah kenangan terindah bagi kebanyakan individu. Tidak lagi memikirkan masalah semasa, sebaliknya berborak dan berborak. Kadangkala masa berlalu begitu cepat sehingga berjam-jam bersembang tidak terasa lama.

Kosongkan fikiran

Anda bawa diri ke tempat yang mempunyai kehijauan alam seperti tasik yang mempunyai lansdkap yang hijau, tepian pantai yang luas terbentang. Pandang dan serap segala keindahan alam, berjalan perlahan dan tarik dan hembus nafas. Kosongkan fikiran, tidak perlu fikir apa-apa.

2 comments:

Hida Naza said...

tak boleh di dalam rumah saja.
keluar juga sekali sekala.
kalau tak lesu rasanya.
memandang dan membuat benda yang sama.
(-:

Masayu Ahmad said...

ida

itulah kalau berkurung sahaja boleh buat otak tepu

sesekali keluar ambil angin, baru rasa segar semula

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin