Teks: Masayu Ahmad
Salam pagi Sabtu bersamaan 3 April 2010. Permulaan langkah untuk minggu pertama untuk bulan April. Alhamdulillah hati saya juga terasa lapang kerana beberapa perkara hampir langsai. Insya-Allah untuk bulan ini sudah penuh jadual saya sepanjang April. Perjumpaan bersama kawan-kawan lama juga terpaksa ditunda lagi.
Saya ada berbaki 27 hari untuk melangsaikan beberapa komitmen penting. Juga bekerja Sabtu dan Ahad bekerja seperti biasa. Saya sangat seronok kerana kesibukan ini. Kesibukan yang saya pilih dan sudah tentu anak-anak masih disekeliling saya.
Inilah nikmat yang patut saya syukuri, walau cabarannya bukan sedikit. Kanak-kanak riang suka merancang aktiviti untuk menangguh-nangguh kerja ibu. Mereka bertiga sememang bijak. awal pagi adalah waktu paling produktif untuk bekerja.
Apabila Aiman sudah bangun, budak kecil ini suka membuat pelbagai perkara agar ibu tidak bekerja. Mula-mula Aiman mahu susu, mandi. Selepas dia mendapati ibu masih sibuk, Aiman akan naik duduk di atas pangku. Mula membuat permintan "nak anyi ama-aman," (mahu menyanyi sama-sama).
Selepas melayan, Aiman masih tidak puas hati mula memanjat meja dan duduk di depan skrin dan mengoyang-goyang muka ibu. Masih tidak puas hati mula mengajak ibu tidur.
"Aiman nak ido, nak ido,"
atau
"Aiman nak andi, nak andi,"
Jadi sebelum Aiman bangun jadi saya perlu siapkan kerja sesegera yang mungkin.
No comments:
Post a Comment