Sunday, April 25, 2010

Pembekal dikehendaki

PROJEK MALAYSIA TRADING HOUSE DUBAI,PROJEK INISIATIF PERSATUAN PENGILANG & INDUSTRI PERKHIDMATAN BUMIPUTRAMALAYSIA (PPIPBM)


SOKONGAN OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DANKEPENGGUNAAN (KPDNKK)

PPIPBM telah mendapat sokongan kerajaan membantu usaha kami melaksanakan projek Malaysia Trading House Dubai yang menawarkan perkhidmatan ”under one roof” yg merangkumi :-Pergudangan (Warehousing), Perkapalan (Shipping), Pengedaran(Distribution), Jualan dan Promosi (Sales & Promotion), Khidmat NasihatdanKonsultan (Advisory and Consultancy).

MTH telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri KPDNKK pada 7 December 2009 di Dubai.

Visi MTH : Untuk menjadikan produk buatan Malaysia sebagai pilihan utama pelangganmelalui kualiti produk dan perkhidmatan yang dibekalkan.

Misi MTH: Untuk mempromosi dan memasarkan produk-produk Malaysia di negara-negaraTimur Tengah melalui program promosi yang berkesan di luar negara, program susulan jualan dan perkhidmatan kepada pengusaha / pengilang daripadaperkapalan, pergudangan dan pengedaran melalui MTH sebagai pusat setempat (one stop centre).

Kami mempelawa Tuan/Puan sebagai PENGILANG dipelawa untuk menjadi pembekal produk makanankering dan makanan sejukbeku (frozen) kepada pihak PPIPBM. Kualiti produk serta pembungkusan, label, bar code dll hendaklah memenuhi syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa Dubai.

Keutamaan diberikan kepada ahli PPIPBM. Kepada yang belum menjadi ahli, perlu menjadi terlebihdahulu. Hubungi : Tel : 03-77296130 Fax : 0377294130, Email : diamond.consolidators@gmail.com.

Boleh juga hubungi PPIPBM 03 4022 2914

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin