Teks: Masayu Ahmad
Ramai yang menyangka berada di rumah sudah tentu dunia luar akan tertutup, ibarat katak bawah tempurung. Pandangan ini tertaluk kepada pembawaan diri. Jika mahu berada dalam tempurung, maka beradalah kalian di dalam tempurung.
Ilmu kelangsungan hidup
Ramai suri rumah yang mempunyai kelayakan dan pendidikan tinggi telah memilih untuk kembali ke rumah dan menguruskan anak-anak. Betapa mulianya niat mereka, keran sudah sanggup menguruskan segala-galanya sendiri.
Ilmu tidak terhad berada di bangku persekolahan, universiti dan sebagainya malah lebih daripada itu. Kadangkala semasa bekerja kita sanggup menghadiri seminar untuk mendapatkan kelayakan tertentu mengapa tidak sebagai suri rumah.
Bengkel masakan
Betapa banyak bengkel masakan kini yang dianjurkan, tradisional, moden, barat, timur tengah, sebut dan cari sahaja mana-mana chef yang mengendalikan bengkel masakan. Jika mahu masak roti untuk sarapan pagi, tengahari dan malam, pergi sahajalah bengkel roti. Jika minat dan rasa boleh buat duit, belajarlah hingga pakar, mana tahu boleh buka kedai roti pula.
Seminar keusahawan
Bagi mereka yang ingin memulakan bisnes dari rumah, banyak sekali seminar-seminar percuma dan berbayar yang boleh dihadiri. Sudah tentu secara tidak langsung boleh menambah sahabat, kenalan juga rangkaian di kalangan usahawan.
Seminar pembangunan diri
Juga banyak kini dianjurka oleh individu dan juga organisasi tertentu. Tinggal sahaja perlu mencari maklumat. Saya percaya jika kalian pandai mencari resipi di dalam internet, seminar dan program sebegini juga sangat banyak kini diboleh dicari melalui pencarian maya.
Amalan keagamaan
Sangat bertuah bagi suri rumah kerana mempunya ruang peribadi untuk meningkatkan amalan keagamaan. Terutama waktu pagi boleh sahaja diperuntukkan membaca al-quran sebelum memulakan hari yang sibuk. Juga bagi yang sudah biasa dengan qiamulail, boleh mengatur perjalanan harian dengan tidur awal dan bangun awal.
Air tangan
Kita selalu membayangkan masakan kampung resipi air tangan ibu sendiri. Saya sendiri apabila balik kampung mahukan masakan ibu hampir setiap waktu. Kerana apa, kerana sejak dari kecil ibu sudah mencebok, membelai, memasak dan menyediakan keperluan kita. Jadi ingatan terutama masakan akan terus melekat.
Bagaimana pula masakan air tangan bibik. Sungguh kasihan anak-anak, terutama ibu-ibu yang sangat sibuk, tidak sempat untuk menyediakan makanan atau masakan sendiri. Bagi wanita yang cuba memastikan anak-anak makan hasil masakan sendiri, anak-anak sangat bertuah. Tetapi bagi yang belum, masih ada ruang untuk kita mempertingkatkan usaha agar anak-anak tetap menikmati air tangan masakan ibu sendiri.
Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
No comments:
Post a Comment