Tuesday, April 27, 2010

Serlahkan daya luar biasa dalam diri

Teks: Masayu Ahmad
Dalam mengharungi pelbagai pahit manis kehidupan, saya percaya ramai yang hampir tewas dan lelah dengan ujian. Ramai yang kecundang dan meletakkan takdir bahawa kejayaan bukan milik diri. Malah ramai yang terus menerus berprasangka bahawa sememangnya sudah ditakdirkan begini, maka begini sahajalah jadinya.
Mencari bahagia dalam diri, kita sendiri yang tentukan bukan orang lain. Apabila kita berada dalam persekitaran negative, kata-kata negatif, tiada matlamat hidup. Sedar atau tidak kita juga akan terpalit sama.

Ubah kebiasaan

Naluri dan perasaan biasanya betul, mengapa perlu kita mendengar pandangan orang lain yang banyak merendah-rendahkan kebolehan kita. Cari rakan-rakan, kumpulan sokongan dan pendambing yang boleh membantu melonjakkan semangat, usaha atau apa sahaja tindakan dan perubahan yang baru.
Lakukan untuk diri

Lakukan apa yang kita mahu dan minat yang boleh memberi kebahagian kepada diri dan juga keluarga. Acapkali kita terdorong untuk terus bekerja kerana perlu menampung keperluan ekonomi keluarga. Tetapi naluri keibuan seringkali meronta-ronta setiap kali meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh.
Tanggapan yang salah

Ramai yang memikirkan betapa hebat dan teruknya berada di rumah. Dan ramai lebih berpenat lelah bekerja dengan orang lain, dan tidak sanggup mengurus anak-anak sendiri. Ya mungkin keranan kekangan ekonomi dan terpaksa bekerja di luar demi menampung kewangan keluarga.

Apa pilihan yang ada

Banyak pilihan, mungkin kerana kurang pendedahan, kurang maklumat dan juga kurang ingin tahu. Namun saya percaya ramai yang sudah mula mengintai-ngintai peluang agar mahu kembali menguruskan rumahtangga. Apa sahaja kelayakan yang ada, sekiranya anda bijak menyesuaikan kembali untuk kelangsungan kehidupan, sudah tentu ada jalan keluar agar anda mampu memilih lakukan apa yang anda mahu.

Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin