Assalamualaikum & Salamsejahtera.
Saya sudah menerangkan secara ringkas kepada anda bagaimana
untuk memilih jenis perniagaan internet. Saya akan terangkan lagi
secara lengkap di bahagian ini. Ikuti langkah-langkah yang saya senaraikan di bawah.
Langkah di bawah sesuai untuk anda yang mempunyai produk sendiri.
• Memilih Jenis Perniagaan
• Mendapatkan Domain dan Hosting
• Membina Website Yang Ringkas dan Professional
• Cipta USP untuk produk anda (unique selling proposition)
• Menulis Surat Jualan
• Payment Processor
• Membuat Marketing
• Tracking Sales & Visitor
• Memilih Jenis Perniagaan
- Anda harus tahu apakah jenis perniagaan yang bakal anda lakukan.
Saya sudah menerangkan secara ringkas sebelum ini bagaimana
untuk memilih jenis perniagaan ini. Antaranya ialah, kehendak pasaran, persaingan, potential customer, marketing, profit margin, dan lain-lain lagi.
• Domain & Hosting
- Selepas memilih model perniagaan internet anda, langkah seterusnya ialah mendapatkan domain dan hosting. Domain ialah ibarat alamat website anda. Anda juga boleh memilih nama domain yang berkaitan dengan perniagaan anda. Saya akan berikan beberapa tips untuk memilih nama domain yang sesuai.
• Domain yang pendek dan mudah diingati
• Relevan dengan produk/servis yang anda jual
• Memasukkan keyword produk anda
• Menggunakan TLD – top level domain seperti .com
Domain adalah sesuatu yang amat penting dalam perniagaan internet.
Ia menggambarkan jenis perniagaan yang anda jalankan.
Pilihlah nama domain yang ringkas dan pendek supaya mudah diingati
dan juga berkaitan dengan produk yang anda jual. Pastikan domain anda berakhir dengan .com kerana ianya lebih mudah diingati.
Anda juga boleh memasukkan beberapa keyword ke dalam domain anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual kain batik secara online, anda boleh memilih domain-domain seperti ini :
Batik.com
KedaiBatik.com
BatikOnline.com
Langkah seterusnya ialah mendapatkan hosting. Hosting ibarat tapak
atau ruang perniagaan anda di internet. Pilih syarikat hosting yang menyediakan kemudahan Cpanel dan pastikan syarikat berkenaan menyediakan support after sales yang baik.
• Membina Website Yang Ringkas & Professional
- Anda harus membina website yang boleh menjual. Web anda tidak semestinya terlalu canggih dengan flash atau design terkini. Apa yang anda perlukan ialah sebuah website yang ringkas. Pelawat anda tahu
apa yang anda cuba sampaikan. Jangan terlalu banyak meletakkan gambar-gambar yang tidak berkaitan, iklan, atau link affiliate anda.
Ini hanya akan mengganggu konsentrasi pengunjung anda untuk membuat pembelian.
Buy Now button anda haruslah kelihatan jelas di website anda. Ini dapat meningkatkan jualan anda. Pelawat anda mungkin telah bersedia untuk membeli selepas selesai membaca surat jualan anda.
Tapi, saya tidak tahu membuat website?
Jangan bimbang. Membina website adalah lebih mudah sekarang. Terdapat program seperti FrontPage, Dreamweaver yang dapat membantu anda membina website yang professional. Ianya mudah digunakan.
Anda juga boleh mengupah web designer untuk melakukan tugas ini untuk
anda. Pastinya hasil kerja orang yang pakar adalah lebih baik. Tetapi anda perlu mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan servis ini.
Saya akan huraikan sambungan poin-poin utama diatas pada
perkongsian tip Siri 2 yang akan datang.
Terima kasih kerana sudi membaca tip yang diberikan hingga saat ini.
Sehingga bertemu lagi didalam perkongsian tip seterusnya. Insyaallah.
Salam sukses,
Asyraf Aziz (melalui Face book)
1 comment:
tingin nak .com
:P
Post a Comment