Teks: Masayu Ahmad
Ketika remaja kita selalu disogok betapa hebat mereka yang berpendidikan tinggi, mempunyai karier dan pendapatan lumayan. Apabila menginjak usia, selepas penambahan ahli keluarga berlaku terutama anak ke dua, ke tiga dan anak mulai bersekolah. Banyak dilema dan persoalan membuatkan ramai yang ingin bertukar status sebagai suri rumah sepenuh masa atau berusaha menjana pendapatan dari rumah.
Pilihan siapa
Betapa banyak kecuaian yang berlaku di tadika, pusat jagaan atau di rumah. Anak-anak mati tercekik, anak-anak di dera pembantu dan banyak kes yang menjerut perasaan seorang ibu.
Apabila seorang wanita setiap pagi berusaha untuk hebat tampil di pejabat, komitmen kepada majikan, anak-anak sudah diswastakan penjagaan kepada pembantu rumah atau pusat jagaan. Mungkin ada pusat jagaan yang bagus, itu jika bernasib baik, tetapi bagaimana pula yang menjaga anak-anak kita acuh tidak acuh.
Rai anak penuh kasih sayang
Betapa apabila kita mengikat perjanjian dengan seorang lelaki dan kemudian memohon pula untuk mendapat zuriat. Apa persediaan untuk zuriat tersebut. Adakah sekadar disogok dengan permainan penuh satu rumah, pakaian berjenama, makanan yang dibeli diluar atau sekadar beberapa jam sahaja masa berkualiti.
Sungguh kasih kita kepada anak-anak, tetapi ramai yang mengalami dilema tidak sanggup meninggalkan kerjaya yang sudah hebat. Juga pertarungan untuk menjaga kepentingan ekonomi keluarga. Ibu tidak salah, bapa tidak salah tetapi anak-anak mempunyai hak mereka.
Hak yang tidak mampu disuarakan. Hanya akur sahaja, setiap pagi ibu gesa-gesa meninggalkan mereka di rumah pengasuh. Menjelang petang kadangkala malam, ibu sudah pulang dengan badan letih, melayan anak sekadar beberapa jam cuma. Kemudia bersambung pula rutin yang sama keesokan hari.
6 comments:
salam kak mas,
inilah yang saya rasa saat ini.balik rumah sampai lebih kurang 6.30pm....ada kelas alquran lagi dirumah sampai pukul 8.selalunya si kecik iman akan meragam+minta didukung ketika itu,abg long ameen pulak mula mengadu..."ummi, nak asik(nasi)...." Allah, saat bekerja hati risau+rindu dgn anak.
saya rasa ini tahun terakhir saya bekerja.langkah pertama utk memulakan kerjaya di rumah sudah saya mulakan,akan menyusul langkah ke 2.
terima kasih,membaca blog+tulisan kakmas membuatkan saya tak takut lagi utk berhenti kerja.....
Setuju dengan tulisan Mas, tetapi masih ramai yang kurang prihatin dan tidak faham dengan kehendak kita sebagai ibu yang ingin melihat anak membesar di depan mata
Keluarga sendiri, keluarga mertua payah juga untuk memuaskan hati semua pihak, yerlah bila gaji yg bsar dilepaskan, mulakan perniagaan sendiri yang ada turun naik pasti menduga keimanan.
Sedikit sebanyak tulisan Mas memujuk hati dan naluri saya supaya bertahan dan teruskan perjuangan saya ini.
Terima kasih Mas!
Assalammu'alaikum wbt
Dah 8 tahun menjadi suri di rumah.Memang banyak jugak cabaran pada peringkat awal.Masih ramai jugak yang pandang tinggi pada isteri berkerjaya.
Alhamdulillah,sekarang buat bisnes online,memang ada turun naik.Semua perkara ini menjadikan saya lebih sabar dan matang
normi
terima kasih kembali normi, harapan kak mas agar normi yakin langkah seterusnya
sandarkan harapan rezeki kepada Allah, insya-Allah sudah tentu ada bahagian masing-masing
wan anie
alhamdulillah, saya setakat ini tiada halangan daripada kedua-dua belah keluarga
cumanya wan kena perbetulkan persepsi masyarakat tentang bekerja dari rumah, satu masa kelak akan mendapat perhatian dan masyarakat akan faham
siti mariam
terima kasih sudi berkongsi pengalaman, tidak ramai yang tahu betapa indahna menjadi suri rumah kerana pada mereka hanya wang sahaja boleh menjadi bahagian
jika kita sudah biasa dengan sederhana, itu akan menjadi sebati dan gembira di samping anak-anak
Post a Comment